berbanding tv, saya lebih kerap hadap laptop. memang sangat jaranglah tonton tv. tapi tadi bebudak nih bukak tv, tengok lah jugak sambil-sambil hadap lappy baca news =.=
dan! siyes saya terkezut siap bulat-bulatkan mata lagi waktu tukar-tukar channel tv, saya ternampak sorang makcik yg saya jangkakan berumur seusia mak saya lah kot dok sebok berdansa mauttt punya atas pentas nu. allahu allah. siaran Malaysia ka ni? oish. agak pijar ya mata saya dah macam kene siram dengan sebesen air rendaman cili api =.=
sungguh, saat melihat rancangan tu, saya rasa hati bagai dicarik-carik macam carikan ayam utk bihun sup tu. tahu? sedih yg teramat. ngerti? allah....
dalam rancangan tersebut, siapa yang mendapat sorakan paling hangat paling meriah cemerlang gemilang terbilang kebaboOom akan dapat barangan kemas drp HABIB JEWEL bernilai RM50,000. dan ramailah wanita-wanita yg naik ke pentas. syaratnya, dia perlulah menari mengikut irama lagu yg MC tu nyanyi. tarian yg paling mantop tuh dapatlah kot sorakan paling kebaboOm tak hengat. dan sakanlah mereka menari. habeh dok lupa suma anak, laki pak mak tok nek dok tengok kat rumah aih.
dan sungguh.......
;( jika aku seorang anak kecil, aku takut melihat telatah ibu kerana ustazah selalu menuturkan itu satu dosa. sudah hilangkah malumu ibu?
;( jika aku seorang anak lelaki remaja, aku runsing cara memikirkan teguran terbaik utk ibu kerana pastinya saham dosa ibu terlekat jua padaku.
;( jika aku seorang anak gadis remaja, aku malu melihat tingkah ibu kerana aku sebagai anak remaja masih mampu mengawal nafsu, mengapa tidak ibu?
;( jika aku seorang suami, aku risau syurga makin jauh dariku kerana gagal mendidikmu.
;( jika aku seorang mak, aku sedih melihat anakku.kurangkah kasih sayangku?
;( jika aku seorang ayah, pasti hatiku pilu. salahkah didikanku.
;( jika aku seorang sahabat, aku sedih dengan tindakanmu sahabat. mungkinkah salahku kau begitu?
;( jika aku seorang pemimpin, aku kesal. kerana kurangnya pengawasanku, pesta hiburan berleluasa. dan sungguh, aku takut bila ditanya tentang amanah-amanahku ini =.=
wanita. sungguh malumu begitu bernilai, dirimu begitu berharga. dan, biarlah malumu bernilai solehah. mungkin, kita tidak setabah sumayyah, secekal asiah, sekuat mashitah, sesuci fatimah dan sebaik dan sesolehah ibunya, khadijah, namun, kita masih dapat berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berusaha menjadi sebaik mereka. Allah tidak memandang kpd hasilnya, tetapi Allah pandang pada usaha kita.
sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang [saidatina 'Aisyah r.a.]