Followers

Monday 16 January 2012

keranaku WANITA, maka aku berkata-kata

berbanding tv, saya lebih kerap hadap laptop. memang sangat jaranglah tonton tv. tapi tadi bebudak nih bukak tv, tengok lah jugak sambil-sambil hadap lappy baca news =.= 

dan! siyes saya terkezut siap bulat-bulatkan mata lagi waktu tukar-tukar channel tv, saya ternampak sorang makcik yg saya jangkakan berumur seusia mak saya lah kot dok sebok berdansa mauttt punya atas pentas nu. allahu allah. siaran Malaysia ka ni? oish. agak pijar ya mata saya dah macam kene siram dengan sebesen air rendaman cili api =.=

sungguh, saat melihat rancangan tu, saya rasa hati bagai dicarik-carik macam carikan ayam utk bihun sup tu. tahu? sedih yg teramat. ngerti? allah....

dalam rancangan tersebut, siapa yang mendapat sorakan paling hangat paling meriah cemerlang gemilang terbilang kebaboOom akan dapat barangan kemas drp HABIB JEWEL bernilai RM50,000. dan ramailah wanita-wanita yg naik ke pentas. syaratnya, dia perlulah menari mengikut irama lagu yg MC tu nyanyi. tarian yg paling mantop tuh dapatlah kot sorakan paling kebaboOm tak hengat. dan sakanlah mereka menari. habeh dok lupa suma anak, laki pak mak tok nek dok tengok kat rumah aih.


dan sungguh.......
;( jika aku seorang anak kecil, aku takut melihat telatah ibu kerana ustazah selalu menuturkan itu satu dosa. sudah hilangkah malumu ibu? 
;( jika aku seorang anak lelaki remaja, aku runsing cara memikirkan teguran terbaik utk ibu kerana pastinya saham dosa ibu terlekat jua padaku.
;( jika aku seorang anak gadis remaja, aku malu melihat tingkah ibu kerana aku sebagai anak remaja masih mampu mengawal nafsu, mengapa tidak ibu? 
;( jika aku seorang suami, aku risau syurga makin jauh dariku kerana gagal mendidikmu. 
;( jika aku seorang mak, aku sedih melihat anakku.kurangkah kasih sayangku? 
;( jika aku seorang ayah, pasti hatiku pilu. salahkah didikanku. 
;( jika aku seorang sahabat, aku sedih dengan tindakanmu sahabat. mungkinkah salahku kau begitu?
;( jika aku seorang pemimpin, aku kesal. kerana kurangnya pengawasanku, pesta hiburan berleluasa. dan sungguh, aku takut bila ditanya tentang amanah-amanahku ini =.=


wanita. sungguh malumu begitu bernilai, dirimu begitu berharga. dan, biarlah malumu bernilai solehah. mungkin, kita tidak setabah sumayyah, secekal asiah, sekuat mashitah, sesuci fatimah dan sebaik dan sesolehah ibunya, khadijah, namun, kita masih dapat berusaha untuk menjadi yang terbaik dan berusaha menjadi sebaik mereka. Allah tidak memandang kpd hasilnya, tetapi Allah pandang pada usaha kita. 


sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan tidak dipandang [saidatina 'Aisyah r.a.]

Saturday 14 January 2012

cerita zaman tok kaduk saya yang PELEK =.=

Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nikmat nyawa dan sihat kepada saya ;) saya tahu saya dah lama tak update belog. sungguh-sungguh masa sangat mencemburui saya. kalo nak ngadap belog lagi, sungguhlah saya harus korbankan masa tido yg hanya 4jam tu. haha. oke abai  =.=


perkongsian kali ni sekadar perkongsian santai sambil-sambil ingat citer zaman tok kaduk dahulukala yg semakin terkeluar dr kotak ingatan disebabkan oleh memori yg terlalu padat. 
-no free space, so kene transfer ke belog dan delete supaya ruang memori kembali banyakss-


1. abah selalu kata saya perlu tutup aurat, pakai tudung, jangan tinggal solat dan jadi anak solehah sebab kalo tak besar lagi abah dan ummi yg tanggung dosa. dan tiap kali itu saya akan nangis sakan sebab takut ummi dan abah dosa sebab kalau "dosa masok api neraka" ;)


2. kitorang duk KL dolu kecik-kecik woO... sekarang duk kat sipi-sipi KL je. haha. tapi, se-KL2 dan se-SELANGOR2 saya, saya tak pernah menjejak kaki ke shopping mall kt KL, Jln TAR, chow kit, jln masjid india dan seangkatan dgnnya yg fofular kt KL tu sampailah umur saya 19 tahun! orang cite benda-benda alah murah kebendelah hapelah, siyes, korang dapat balasan muke bLurr saya je Oke =.= sila jadikan saya sbg tour guide KL anda sekiranya anda mahukan keseronokan kesesatan bersama saya ;p


3. kitorang kecik-kecik tak kenal artis sebab tak pernah dengar orang menyanyi merepek-repek tu semua sebab baru je orang tu nak nyanyi, abah/ummi dah tutup tv.haha. jadi kalau orang soh nyanyi kitorang akan nyanyi "satu-satu saya sayang Allah, dua-dua sayang Rasulullah, tiga-tiga sayang ummi abah, 1,2,3 sayang semuanya" oke sa best sa ;)


4. waktu darjah 1 saya teringin ke sekolah tidak bertudung bila tengok kawan-kawan relaxxx je pakai pinofore tanpa tudung siap ulit-ulit rambut bertocang dua, 3 dengan pin dan getah MERAH ngelip ngelapnye. dah tu dorang siyap tunjuk kelip rambut tu hari-hari lagi. ceh! macam saya takde je kt rumah tuh tapi bila ummi kata ummi bagi sehari utk tak pakai tudung tak nak pulak. kunun malu. eh, saya memang pemalu harap maklum =.=


5. kalau beli mamee tak pernah makan ngan benda alah perasa yg ada dalam pack tu sebab ummi kata benda tu bahaya kalo makan benda tu nanti bodoh sampai ke tua. siyeslah takut nak sentuh benda alah tu. dah besar dah taw, selambe je makan. sebab tu yg kene short term memory loss tuh! melawan cakap byk =.=


6. waktu sekolah rendah, orang sakan merentas desa, saya sakan merentas orang yg merentas desa. haha. saya PBSM yg bertauliah oke ;p


7. orang selalu sambut birthday dengan lilin bagai siap party-party lagi. kitorang dapat cake without lilin dah tu tak da kawan-kawan yg datang sambut sekali. abah kata tiup-tiup lilin party-party tu cara barat bukan cara kita org islam. so, abah dan ummi buat majlis doa selamat waktu buka puasa hari khamis. zaman kecik-kecik dulu ummi abah dan sahabat-sahabat dia akan puasa dan iftar bersama pada tiap hari khamis. kitorang anak-anak tukang main kejar-kejar time orang buka.tapi time solat kitorang berjemaah sama oke ;)


8. kecik-kecik tak berani langsung guna aku kau. sampai ke darjah 6 dok lagi guna saya-awak, kita-awak. skema giler. takut tuuu. nanti kene cili haha. sebab ummi takmo kitorang terlepas guna aku kau dengan orang tua lagi-lagi saya yg sungguh mulut murai ni, hado kang terguna aku kau kat atok. maw sebesen haku dicili haish hihi


9. korang kenal tak ubat homeopathy? yang kecik-kecik putih cam gula-gula manis tuh. sedap Oke, siyes! saya ngan angah selalu sorok-sorok panjat almari time orang tengah tengok berita utk curi-curi makan ubat tuh. bahaya betol! 


10. dulu kalau cari beg sekolah taknak kalah. nak yang paling besar dengan roda warna MERAH lagi tuh. pastu turun tangga tarik laju-laju sebab suka beno bunyik debak-debuk roda beg tuh. hape ke peleklah perangai.


11. pastu darjah dua trend pakai tudung letak ke benda pengeras tudung yang macam awning tudung lycra sekarang tuh. gi potong cover depan buku scrap yg keras tu pastu letak dalam tudung. kalo takda, potong kertas, then letak. ni lagi satu trend pelek.


12. kalo pakai lipstic paling payah. taknak makan minum dan tiap 5minit akan tanya soalan sama "ade lagi tak lipstik ni?" how sadiss lah orang yg kene jawab soalan tiap 5 minit tuh.haha


13. benda yg paling saya takut dulu sampai sekarang adalah BUTANG. oke, BUTANG! saya tahu saya pelek =.=


14. kitorang adik beradik dulu kecik-kecik sangat jakun dengan SUNGAI dan LORI KONTOT. kalau lalu sungai kuar taman kitorang tu kitorang akan jerit ramai-ramai sungaiiiiiiiiiiii. ape kejadahlah tak matang sungguh.


15. waktu raya semangat nak buat baju berfesyen kebaya bagai. siap ikut badan lagi. tapi pastu baju tu simpan dalam ghobok tak pakai sebab malu. hanya dipakai utk tujuan berangan sahja oke ;)


taktaw nak ngata apa lagi dah haha. oke blurr =.= 


wassalam ;)

Tuesday 3 January 2012

selamat ulangtahun kelahiran, ABAH ;)

tak sempat nak menghabiskan tulisan yg masih terperap dalam draft. sementara tu, kita layan dulu gamba-gamba time birthday abah 1 januari lepas ;) selamat ulangtahun kelahiran ke 47 abah. taknak doakan urusan abah dipermudahkan sebab abah kata perjuangan itu tiada jalan yg mudah tiada jalan yg tenang tanpa rintangan. jadi, semoga abah kuat dan bertabah mendepani ujian-ujian di sepanjang perjalanan sebagai seorang PEJUANG AGAMA!  








p/s : saya bake rainbow cake. resepi later eh. insyaAllah. tak berkesempatan sekarang ;)

R.E.M.I.N.D.E.R ;)
.: sayangilah kedua ibu bapa anda selagi mereka masih ada ;) :.

Sunday 1 January 2012

me against the world. WOW!

nothing much to say. just drop by to share a song. special dedicated to all my beloved sahabat semahasiswa ;)




We're not gonna be
Just apart of their game
We're not gonna be
Just the victims
They're taking our dreams
And they tear them apart
'til everyone's the same
I've got no place to go
I've got no where to run
They love to watch me fall
They think they know it all

I'm a nightmare, a disaster
That's what they always said
I'm a lost cause, not a hero
But I'll make it on my own
I've gotta prove them wrong
Me against the world
It's me against the world

We won't let them change
How we feel in our hearts
We're not gonna let them control us
We won't let them shove
All their thoughts in our heads
And we'll never be like them

I've got no place to go
I've got no where to run
They love to watch me fall
They think they know it all

I'm a nightmare, a disaster
That's what they always said
I'm a lost cause, not a hero
But I'll make it on my own
I'm gonna prove them wrong
It's me against the world
Me against the world

Now I'm sick of this waiting
So come on and take your shot
You can spit all your insults
But nothing you say is gonna change us
You can sit there and judge me
Say what you want to
We'll never let you in

I'm a nightmare, a disaster
That's what they always said
I'm a lost cause, not a hero
But I'll make it on my own
Me against the world

I'm a nightmare, a disaster
That's what they always said
I'm a lost cause, not a hero
But I'll make it on my own
I've got to prove them wrong
They'll never bring us down

We'll never fall in line
I'll make it on my own
Me against the world

R.E.M.I.N.D.E.R ;)
jika kamu mahu melihat pada masa hadapan, lihatlah pemuda-pemudi masa kini

Testing blockquote :)

Indahnya persahabatan andai hingga ke syurga.