Followers

Thursday, 18 July 2013

dear heart

.: Bismillahirrahmanirrahim :.


the day, that day will come. bersedia atau tidak, masanya tetap tiba. at the very first rasa nak larik jauh-jauh. tolong ! terdiam sejenak, terfikir-fikir, sampai bila berperangai begini...? keep calm and believe in ALLAH. he noes better. indeed

Sunday, 10 March 2013

Bila Hati Dah Sayang

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

aku bukan pencinta haiwan. sangat bukan sebab aku takut dgn haiwan lagi2 yg tergenyeh-genyeh kat kaki aku bermanja. sangat bukan aku utk membalas ajakan deme tuh :p lagi dorang dekat lagi aku lari. waktu abah memula amek bunny utk diinang (bela), sikit pon aku tak tengok. tapi sejak si shabby beranak 6 ekor, tak dak sapa nak jaga tengok, aku terpaksa-rela jugak lah jaga dorang. 

 

dari cetot tak reti ape, sampai pandai tunjuk protes kat aku mencakar-cakar, aku jaga dorang. mahu tak sayang...? well, aku taklah keras hati mana pon :) tapi dan-dan time aku dah sayang, tetibe sekor demi sekor mati dengan penuh tragis. depan mata, dorang tercungap-cungap mencari nafas. ALLAH... sangat terkilan sebab tak mampu buat apa-apa. kalau boleh buat cpr, memang buat dah !


lepas dorang 4 ni mati, tinggal bobo dan kogoro je. dua yg paling aku sayang. sangat sayang ! lepas subuh, 10 mac, bobo sangat-sangat lemah. aku usap-usap, tak da respon macam selalu. sempat aku bagi kata semangat pada dia untuk terus bertahan. nampak macam gila, tapi aku tahu, dia faham kata aku :) bila angah call kata bobo dah takdak, memang tak malu2 dah airmata nk melaju ! gile tak hiba? dah macam boyfriend aku dah bobo tuh !

si hensem bobo :)
yg tinggal sekarang cuma kogoro, si hero yg kacak bergaya. kak long harap kau sihat selalu sayang... jangan pergi eh :)

si hero kogoro :)
aku tak mudah sayang sesuatu, tapi bila aku dah sayang, aku sangat sayang ! :(

walaupun aku hilang mereka, tapi aku belajar banyakkkkk tentang erti sayang . also cara penjagaan arnab yg sebenar :)

Monday, 18 February 2013

K.E.L.A.M

.: Bismillahirrahmanirrahim :.




ALLAH. aku cuba untuk kuat. aku cuba untuk tak menangis lagi. tapi aku tak mampu. lagi dan lagi, keadaan makin teruk tak menunjukkan tanda untuk sembuh. hari-hari, aku cuba pujuk hati yg keadaan makin bertambah baik. hari-hari aku positifkan diri, everythings happen for a reason. tapi, ada satu-satu masa, aku akan lemah jatuh bedebush rasa tak mampu nak bangun. rasa semua motivation yg aku semai terbang menghilang tinggal debu je. over ? memang itulah aku rasa. biasanya terjadi bila aku tengok raut suram dan tangisan dorang. tak mudah. sangat tak mudah untuk berdepan dengan mereka.

ALLAH. aku tak mampu melihat airmata ummi, kerut kerisauan abah dalam usaha mereka mencari penawar untuk aku. aku tak sanggup melihat keruh wajah mereka, senyum tipu mereka saat usaha mereka tak menampakkan hasil yg positif. ringankan beban ditanggung mereka ya ALLAH. 23 tahun hidupku, abah ummi masih teraba2 mencari apa sakitku, berusaha mengubati tanpa tahu sakitnya. tiap usaha seolah2 bertemu jalan buntu, tapi abah ummi terus juga berusaha. kata abah, jangan pernah putus harapan dgn ALLAH, mungkin usaha kita di tangga 99 sedang ALLAH memberi kesembuhan pada usaha ke100. abah selalu meyakinkan aku, ALLAH sedang merencana yg terbaik. ALLAH, mereka dah berusaha sebaiknya mengubati aku, mereka dah buat yg terbaik menjagaku, ringankan beban ditanggung mereka ya ALLAH. permudahkanlah usaha2 mereka. kembalikan senyuman mereka ya ALLAH, bahagiakan mereka ya ALLAH seperti mana mereka cuba membahagiakan aku...rahmati kedua mereka ya Rabb

Thursday, 24 January 2013

the worst part....?

.: Bismillahirrahmanirrahim :.


the worst part bila kita memasak atau hidang makanan adalah SALAH MASUK BAHAN ! yaa sounds great kan ? heh ! 

oke gamba memang xclear bukan mata korang yg problem heh =.=
hah. benda alah atas ni kalau korang masuk dalam jemput2's batter setengah mangkuk, ape jadi? memang delicious de amour lah. kalau bukak kedai, harini bukak, esok bungkus dah kalo ghope tu bahannya. mata doktor yg check level gula korang pon berpusing 360 degree menjuling tgk bacaan gula korang. hahah. aku nak masukkan self-raising flour actually dalam batter tuh, tapi waktu capai tu aku just depend on word 'sing' kat belakang tu then tros bukak getah and dengan selamatnya bedebush masukkan dalam batter dgn riang rianya. time tengah suka hati nak menggodek adunan, terperhati tekstur "self-raising flour" aku yg agak abnormal daripada biasa. skali sentuh omnomnom ape menggerutu gile tepung nih haaa. skali tengok pack depan mata, it's GULA ASING dear, bukan SELF-RAISING !

then tadi ummi minta potongkan timun campur dengan kuah rojak. again. and again. mata masih double rabun....? maybe lebih kepada hidung beku kali nih ! aku terus grab bekas kuah rojak dalam peti dan dengan riang hati sambil-sambil baca bismillah terus tuang dan godek-godek dengan timun yg dah sedia dipotong. time tuang tu cam pelek, awatnya cair semacam benda alah nih? sekali raso, heh ini adalah SAMBAL KICAP ! hamekkau kelam-kelibut haaaa membasuh timun tuh. hadoilaaaah . kata ummi memang rasional lah untuk tersalah tuang tuh sebab sambal kicap tu diisi dalam bekas kuah rojak. tapi part yg tak berapa nak rasional sangat tu part bau. dah tentu tentu bau sambal kicap tu kuat. nampak sangat tak reti guna fungsi hidung =.=

walaupun telah dicuci, rasa cili masih kuat ! maybe boleh try guna clorox lepas nih  ^_^
silalah lebih peka dengan 5 deria anda time masak dan hidang ye agar ianya tidak menjadi asbab jatuhnya saham anda d hadapan pakmak mertua anda kelak2 :p

Thursday, 17 January 2013

Bila RINDU Bertamu

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

rindu. ya. aku sangat merindukan mereka, aku merindukan kenangan dahulu, saat kami bersama-sama, saat segalanya nampak kucar-kacir tonggang-terbalik, tapi hakikatnya itulah saat masing-masing saling menguatkan dan saling meletakkan kepercayaan sesama sendiri. 

aku rindukan gelak tawa mereka. aku rindukan senyuman mereka. aku rindukan suara mereka bertazkirah. aku rindukan suara kekuatan mereka, sentuhan mereka saat aku hampir tersungkur, pegangan kejap mereka saat aku tiada berdaya utk bangkit. biar ada ketikanya aku tak mampu berkongsi duka dan meluah kepada mereka, cukup melihat mereka bergelak tawa, mampu mengubat hati yg mungkin luka....? :)

di sana, aku hanya ada mereka. tanpa ummi abah atau adik2 d sisi, tanpa saudara mara, bukanlah satu benda mudah utk aku yg sangat tak pernah berjauhan dari keluarga. *cengeng perhaps?* tidaklah aku berpeluang sesuka rasa balik ke rumah tatap wajah ummi abah tiap kali bermasalah. jadi, merekalah kekuatanku d sana. 

kita makin jauh kan sahabat....? jarak, masa sangat memisahkan :) walau ada yg dekat, komitmen kita berlainan. tempat tuju (kelas) pon berlainan. tidak lagi ke arah yg sama. makanya utk bersua dan berselisih bahu bertegur sapa itu amatlah payah. masa kelas yg tidak lagi teratur macam dulu-dulu buat kita-kita sukar bersua muka. apatah lagi bila sakit menjadi kekangan utk aku begerak ke mana2. 

moga sahabat2 terus diberi kesihatan yg baik, kuat dan diperkuat utk terus berjuang ! :)

tangga ni tak lengkap =.=

dedicated to korang-korang yg rasa korang tu sahabat kamek :)