Followers

Wednesday 18 July 2012

Red Valvet Cake Zaman Tok Kaduks


lama dah tak masuk blog resepi-resepi yang saya cuba. aigooo kau memang busy tahap naga lah AH =.= actually resepi ni saya catatkan untuk rujukan saya. lamaaaa punya godekan ni kek yg terpamer ni. zaman tok kaduk 2 bulan lepas lagi haaaa tapi baru nak share dan upload gamba. tu pon punye lah burok gamba sebab kalau dah jenis manusia laju tahap ribut kan macam tulah. sume benda kau nak cepattt je. payah.

see. gamba dalam kotak lagi tu uuuu 

oke kau bebel pon tak da sapa nak dengar, baik kau taip laju-laju resepi. 

Red Valvet Cake (RVC name glemer dier)

sumebr primer : mummy JOB
sumber sekunder : asrarhuda

bahan A : buttermilk
240g (1 cawan) susu segar
1 sb cuka makan / lemon
2 sb pewarna merah
-----<@ guna semua deyh
cara A : campurkan susu segar dan cuka / lemon, biarkan lebih kurang 10min. masukkan pewarna merah dan kocak-kocak mereka ;)
*actually ada jual kat kedai benda alah ni tapi AH rasa lagi saving AH buat sendiri haha *kedeks*

Bahan  B :
250 g (2 1/2 cawan) tepung cake (superfine pooon bole)
1/2 st garam (AH tak letak)
1/2 st baking powder (ni AH tambah)
15 g (2sb) serbuk koko

Cara B : satukan semuanya dan ayak

Bahan C : 
113 g (1/2 cup) mentega
300 g (1 1/2 cawan) gula kastor (AH kurang kan 260 g sajaaa)
2 biji telur grade A (AH guna grade B jah)
1 st esen vanilla

Cara C :
1. pukul mentega sampai lembut tak berketul lebih kurang 1-2 minit.
2. masukkan gula, pukul lagi sampai sebati dan kembang sedikit lebih kurang 2-3 minit
3. masukkan telur, dan pukul sebati.
4. masukkan esen vanilla dan pukul rata sampai dorang mesra :)

Bahan D :
1 sk cuka makan
1 sk soda bikarbonat

Cara D : campurkan  kedua-duanya sampai dia macam ada letusan buzz buzz tu *overr*. mixture ni lepas campur kene masuk cepat2 dlm adunan taw ;)

KAEDAH PEMBUATAN UTAMA :
1. dah habis pukul sume bahan C, slow down mixer uoll.
2. masukkan bahan B (tepung) berselang seli dgn A (buttermilk). mulakan dgn bahan B (tepung) dan akhiri juga dgn bahan B (tepung).
3. masukkan bahan D laju-laju dan putar sebati.
4. bahagikan kepada 2 adunan (bakar dalam dua loyang lah) 
5. bakar pada suhu 175 C utk 25-30 min. saya gi bakar 27 min ;)
6. bagi dia rehat dan sejuk betul2 baru letak topping. kalo panas2 korang g balun ngn CCF, korang akan dapat hasil yg sangat memberangsangkan dari segi keserabaiannya :)

ni untuk CREAM CHEESE FROSTING hokeyh :)

bahan-bahan :
250 g cream cheese
1/2 sk esen vanilla
60gm gula aising
150ml whipping cream

Cara :
AH campoQ sume skali pastu AH balun putar sekejap. adela dalam 3-4 min je AH putar dia nak bagi sekata je...

deco tu up to sahabat-sahabat lah nak deco cemana ghope pon. tangan AH sememangnya kejungsss so macam tak ghope kedai lah deconya :)

sebab tulah hasilnya jadi gini ;p

sila teliti betul-betul utk menampakkan effect keserabaiannya

moral of the story , 
silalah jangan serabai

2 orang bermuhasabah:

Unknown said...

saya rasa saya kena ambik kelas buat kek dengan akak. hahaha :D

asrar.huda said...

@Eza Boom Boom :) hahahah xda maknanya. serabai nnt kek kamu hihi