Followers

Friday, 24 February 2012

let's change, sahabat !


Contengan Jalanan by Hlovate
-Chad dies on the tenth-

Ayuh sahabat-sahabat !
Jangan tunggu esok untuk berubah
Kita tak pernah dan takkan pernah tahu bila masanya
maut menjemput kita
niatnya nak bertudung esok
tapi kematian menjemput hari ini
niatnya nak pulang ke kampung memohon kemaafan ayah bonda esok
yakinkah mereka masih ada di penghujung hari ini
targetnya nak SOLAT lepas habiskan assigment
rupa-rupanya pengakhiran nafas di pertengahan assignment
jadi, jangan bertangguh utk berubah !

Something to Ponder ;)
"Bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup untuk seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok"- Abdullah bin Amru bin Al-As

Tuesday, 14 February 2012

ini adalah sejenis DONUT oke o.O

ini adalah sejenis donut yg saya buat dengan langkah yg laju dan tergesa-gesa. berzaman dah donut ni terjadi tapi kalo dah owner blog ni busybody manjang, hamaknye dia nak update resepi kat sini nye. hukhuk. buat benda alah ni sebenarnya nak hantar kat rumah sahabat yg buat majlis kesyukuran. on that day, ade kuliah kat masjid hasanah bangi. and that kuliah datang dulu dalam jadual before the majlis. so, memang perlu dahulukan kuliah lah ;) jadi, sebagai langkah menghormati jemputan, hantarlah barang secubit dua ketui makanan kan kan. dahlah kamu tak datang, buat donno je memang tak comellah perangai gitu ek ;p dan terhasillah benda alah ni pada akhirnya . . . jeng jeng jeng. tapi gamba kali ni donut ni solo-molo je sebab my bibik yg amek gambo ni. ouh, dia punya henpon mahal lagi dr mine oke ;)

donut ni adalah resepi yg tersenang dalam simpanan saya dan hasilnye mabeles i cakap u. thanks to kak Yatie and kak Dayang Jack utk resepi ini. actually banyak je resepi donut tapi hampir kesemuanya menggunakan bahan yg banyak. yg saya ni nak buat utk jumlah beberapa ketui je, tak habeh kang syaitan plak yg tulun makan nda ku mo bha eh ;) so, haruslah mencari resepi yg tak berapa nak berkilo tepungnye tu hoO. buleh sajo nak buat separuh adunan kan, tapi bab kueh mueh tradisi ni ambo tak berape nk brani sebab dah pernah try hampeh je rase kuehnye. oOuh, and that is sooooo membazir oke ;p


makluman. ini saya salintampal dgn sedikit pengubahsuaian eh ;p

sumber primer : kak dayang jack
sumber sekunder : kak Yatie
sumber tertier : asrarhuda

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (saya pakai susu segar)
gula aising utk saduran

*kalo dah guna susu segar, nda perlu lg susu tepung oke ;)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan
oke oke, jemput makan lai lai ;) 

R.E.M.I.N.D.E.R :
tips nak bagi donut lembut dan sedap, mulakan dgn basmalah dan lazimi zikir dan selawat pasti lembut-lembut gitu hasilnye hehe ;)

Monday, 13 February 2012

Ouch ! it's not Rainbow Cake, it's Red Valvet Cupcake ;)

hampunnnn cheQ eza, tak muncul pula resepi Rainbow Cake, keluar pula resepi Red Valvet Cupcake uhuh. takpe, u try ni first k ;)




RVC ni saya buat utk Huda, si kecikcerdikbanyakcakap untuk dia bawa gi tadika sempena sambutan Maulidurrasul. ummi kate jgn letak topping banyak-banyak, budak-budak tak suka. haaa, sebab tulah topping tu ceciput je den lotak eyh ;) siyeslah semangat huda bangun pagi-pagi tak sabar nak gi sekolah sebab dia nak tunjuk cupcake kakak dia buat kat kawan-kawan. hape tak kembang semangkusss i kan ;) 


ni second try utk RVC. the first one macam tak bape nak best sgt. then, saya cuba plak resepi ni. hurm, boleh tahan ! siyes, kalo orang tanya saya macam mana rasa cake/cupcake, saya memang tak gheti nak kabo. sebab saya bukanlah penggemar tegar kek. saya hanya penggemar tegar cheese cake sahaja ! haha. so, kek-kek yg lain tekak saya rasa same je sume ;) so, sape yg selalu jadi tastebud saya ? for surelah huda dan my mom sebab tekak dorang je yg jujur dan boleh pakai dlm rumah ni hahahahaha. tekak adiksss lelaki dan abah memang langsung tak membantulah sebab dorang pon same je cam saya ;p 


oke, jom tengok red valvet cupcake saya ;)



sumber primer : joyofbaking
sumber sekunder : asrarhuda

perhatian : ini saya susun ikut cara saya buat ya ;)

Bahan A : buttermilk
1 cup (240gm) susu segar
1 sb cuka makan / lemon
1 sb pewarna merah
-----<@ guna 120ml shj


cara A : campurkan susu segar dan cuka / lemon, biarkan lebih kurang 10min. masukkan pewarna merah dan kocak-kocak mereka ;)
*benda alah buttermilk ni kalo korang ada, takpayah lah susah2 nak godek2 susu ngan cuka tu haaa. saya ni kedekuit manenye nk beli ;)

Bahan  B :
125gm tepung kek (superfine buleh juga meyh)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam
10gm serbuk koko


Cara B : satukan semuanya dan ayak


Bahan C : 
60gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur (saya guna B size)
1/2 sk esen vanilla


Cara C :
1. pukul mentega sampai lebut tak berketul lebih kurang 1-2 minit.
2. masukkan gula, pukul lagi sampai sebati dan kembang sedikit lebih kurang 2-3 minit
3. masukkan telur, dan pukul sebati.
4. masukkan esen vanilla dan pukul rata sampai sebati.


Bahan D :
1/2 sk cuka makan
1/2 sk soda bikarbonat


Cara D : campurkan  kedua-duanya. benda alah ni lepas campur kene masuk cepat2 dlm adunan taw ;)


KAEDAH PEMBUATAN UTAMA :
1. dah habis pukul sume bahan C, slow down mixer tu.
2. masukkan bahan B (tepung) berselang seli dgn A(buttermilk). mulakan dgn bahan B (tepung) dan akhiri juga dgn bahan B (tepung). tahu ? pandaiii ;)
3. masukkan bahan D lekas-lekas dan putar sebati.
4. bakar pada suhu 175 C utk 15-23 min. saya gi bakar 21 min ;)
5. bagi dia rehat dan sejuk betul2 baru letak topping


la ni kite buat topping dia pula which we call it as Cream Cheese Frosting ;)


Bahan :
230 cream cheese
1/2 sk esen vanilla
60gm gula aising (saya guna 50gm shj)
150ml whipping cream


Cara :
1. putar cream cheese sampai kembang
2. masukkan esen vanilla dan gula aising pukul kembang dan sebati
3. masukkan whipping cream, sebatikan dia.


*kalau rasa lembek sangat, masukkan dlm petiais dulu utk memudahkan proses mendeko. oke then, pi hias k ;)


happy trying ;) sebelum tu, jangan lupa mulakan dgn basmalah dan lazimi zikir dan selawat ketika dlm proses pembuatan cupcake ni ya. insyaAllah, hasilnya pasti hebat, lazat disukai ramai hihihi




R.E.M.I.N.D.E.R :)
masaklah dari hati yg ikhlas dan adunlah dengan penuh kasih sayang. insyaAllah, yg memakannya juga akan dapat merasai keikhlasan dan kasih sayang anda. mereka akan rasa masakan anda sedap dan luarbiasa walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu yg biasa !

Friday, 10 February 2012

WORDLESS SATURDAY dan INDULGENCE CAKE ummi =.=

WORDLESS SATURDAY? sukehati i lah kan ;) 

actually birthday ummi 20JANUARI lepas Oke. dah ke demam ke hape baru nak post benda berzaman lepas? haha. on that day kitorang potong kek bagai tuh, kitorang rushing nak balik kampung. so, tu pasal lah gambo photoghrapher kejung ni dok diam-diam dlm benda alah laptop ni je.

saya hanya mampu menyediakan INDULGENCE CAKE sahaja ;( tunggulah saya dah keje gaji 5angka ke gitu nnt saya bg tiket buat umrah ke kete toyota sebijik ke hape ke kan kan. kalo takat gaji ciput 3-4angka, jawabnye ummi abah kene tunggu bertahun-tahunlah dulu hukhuk. 

jangan tertipu dengan ghope luarannye yg kemas dan chantekk =.=

saya tahu dia chumel ;)

hah tengok sekarang tengok2. siyessslah tangan i kejungss ;(

sekali ghopenye saya lupe nak tukar alas kek. kelabu itu alas loyang ;)

ahaaaaaa.mane ummi nye mane? mane? peringatan awal kpd yg kenal saya ! jangan compare warna kulit dan kejerawatan kami oke hahahaha

sila jgn kata dia kakak saya !  o.O
oke sahabat-sahabat, sekian sahaja utk kali ini ;)


R.E.M.I.N.D.E.R :


.: sayangi keluarga anda selagi mereka masih ada :.

assalamualaikum


Tuesday, 7 February 2012

Hafalan Shalat Delisa. best ke?

beberapa minggu hari ni macam dilanda kemalasan teramat utk meng-update belog. angin monsun barat daya sedang menyerang bertubi-tubi sampai jejari ni pun turut bersekongkol untuk tak menulis.

saat-saat dilanda kemalasan tahap mega tuh, sempat lagi lah juga menghabiskan satu movie yg sungguh-sungguh terkesan di hati saya. anda anda boleh tonton di bawah ni ;)


saya sangat-sangat mencadangkan movie ni kpd kamu kamu dan kamu semua. saya bukanlah penonton tegar movie sebab kebanyakan movie yang saya tengok, saya hanya mampu bertahan utk sejam je. utk jam kedua dan seterusnya, kebiasaannya laptop/tv yg akan menonton saya buat taik mata ;)

tapi cerita ni terbolehlah pulak saya duk hadap tak bergerak sampai ke sudahnya. kpd sesiapa yang duk cari movie utk memenuhi tuntutan kebosanan melampau anda, silalah anda tonton movie ni. siyes boleh ubat penyakit bosan tu. memang anda akan lebih menghargai masa lah lepas ni. see. 3 in 1 lagi u. dah macam kopi super power dah gamaknye! ;) utk yg rasa-rasa banyak duit terlebih-lebih nak gi langgan kat astro first tu, bermanfaat lagi korang langgan cite ni dari korang pi langgan ombak rindu ke, cite hantu merepek raban tu sume. oke =.=

sedikit review tentang cite ni, oke saya bagi sinopsis melalui mata saya yg melihat dan tangan yg memang sedikit malas nak menaip ye ;) 
Delisa ni seorang anak kecil yang sungguh periang. dia ada 4 orang adik beradik dan dia anak bongsu. kakak dia Fatimah, dan kembar Aisyah dan Zahra. ayah dia, Abi Usman keje kat syarikat kapal antarabangsa lah kot sebab dok speaking2. dia ni sungguh2 rapat dengan ummi dia bernama ummu salamah. siyes lembut comel2 gitu ummi dia. dorang tinggal kat Lhok Nga, Acheh. rumah dia tepi pantai lagi tuh. dia ni macam payah sket nak hafal bacaan-bacaan dalam solat. doa pon dia dok lambat hafal. tu yang selalu kene sakat ngan kak Aisyah dia selalu tuh sampai gadoh-gadoh. pada hari tsunami jadi tuh, dia gi ujian amali solat dengan ummi dia. ummi dia tunggu luar, dia duk kat dalam utk ujian tuh. sebelum dia duk berdiri kat sejadah tu utk mula, ustaz Rahman dia pesan, jangan hirau sekeliling, Delisa boleh buat. sekali time tengah ujian tuh, ombak datang dia dok khusyuk baca ummi dia panggil pon dia tak sedar. sungguhlah memang dia tak hirau sekeliling. dia terdampar kat batu2 macam kat atas bukit kat pantai2 tuh. US army nama Smith jumpa dia. tapi kaki Delisa ni kene potong. yg Smith ni sampai nak adopt dia lagi tuh bawak balik US taw sebab waktu tu Delisa tak jumpa keluarga dia lagi. Alhamdulillah, dan2 time si Smith ni kata nak adopt dia, ayah dia muncul depan pintu bilik rawatan tuh. so, tak jadilah kan. bukan senang kan nak terima kehilangan kaki, kehilangan keluarga yg rapat ngan kita, sahabat baik kita sume tu pergi dalam sekelip mata? saat orang2 kampung dia, ayah dia bersedih dengan tragedi kehilangan tuh, Delisa positif, dia sungguh-sungguh ceria.siap boleh main bola sepak lagi tuh. dia yg membangkitkan semangat ayah, sahabat-sahabat dan penduduk kampung dia dengan watak ceria dia tuh. di akhir penceritaan, Delisa belajar sesuatu drp tragedi tuh. dalam melakukan sesuatu, kita perlu ikhlas tanpa mengharapkan balasan. -Delisa cinta ummi kerana Allah-

kalo korang  baca sinopsis saya tuh, memang kompom-kompom lah korang takkan mengalir derr. tak gheti lah pulok saya nak mengarang sinopsis dengan penuh dramatiknye ;) saya bukanlah seorang yg bawak tisu tengok movie. tapi movie ni mampu buat saya cari tisu ! siyes. kalau selama ni kita tengok video tsunami orang ramai-ramai kene hanyut ombak tu sume, mungkin impak dan kesannya cuma beberapa hari je kat hati-hati kita. tapi kali ni penceritaannya lebih kepada pengalaman individu. jadi, ianya lebih terkesan sebab kalau macam saya, bila saya tengok, saya cuba letakkan diri saya pada tempat individu tersebut. seorang kanak-kanak mampu menguatkan hati menerima kehilangan yg tersayang yg mungkin jika saya di tempat dia, belum tentu saya mampu kuat dan bertabah sepertinya. haaa. sebab tu saya kata saya cari tisu !

pengajaran yg saya dapat daripada movie ni :
1. hargai orang-orang yg terdekat dengan kita selagi mereka masih ada bersama kita. belajar utk cintakan mereka kerana Allah. bukan takat kat mulut je, hati tu juga ye ;)
2. hargai tiap masa yang ada, penuhi dengan sesuatu yg bermanfaat utk diri, masyarakat, agama dan negara. haaa. kan dah kabo 3 in 1 tuh. memang kome takut nak membazir masa dah pehni deyh ;)
3. jika kita positif, kita mampu buat yg lain turut positif. jangan biarkan hidup anda diselubungi........ion negatif !
4. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)
5. dalam tiap sesuatu yg kita lakukan, ikhlaskan hati kerana Allah tanpa mengharapkan balasan. bila tak ikhlas, tu yg payoh benau ilmu nak masuk otak tu haaaa. dah tak masuk otak, hati ape lagi. ye dak?  ;)

oke selamat menonton. dah toksah lah nak berombak-ombak rindu tu haaaa. ombak tsunami tu besau lagi daaa.