Followers

Tuesday, 7 February 2012

Hafalan Shalat Delisa. best ke?

beberapa minggu hari ni macam dilanda kemalasan teramat utk meng-update belog. angin monsun barat daya sedang menyerang bertubi-tubi sampai jejari ni pun turut bersekongkol untuk tak menulis.

saat-saat dilanda kemalasan tahap mega tuh, sempat lagi lah juga menghabiskan satu movie yg sungguh-sungguh terkesan di hati saya. anda anda boleh tonton di bawah ni ;)


saya sangat-sangat mencadangkan movie ni kpd kamu kamu dan kamu semua. saya bukanlah penonton tegar movie sebab kebanyakan movie yang saya tengok, saya hanya mampu bertahan utk sejam je. utk jam kedua dan seterusnya, kebiasaannya laptop/tv yg akan menonton saya buat taik mata ;)

tapi cerita ni terbolehlah pulak saya duk hadap tak bergerak sampai ke sudahnya. kpd sesiapa yang duk cari movie utk memenuhi tuntutan kebosanan melampau anda, silalah anda tonton movie ni. siyes boleh ubat penyakit bosan tu. memang anda akan lebih menghargai masa lah lepas ni. see. 3 in 1 lagi u. dah macam kopi super power dah gamaknye! ;) utk yg rasa-rasa banyak duit terlebih-lebih nak gi langgan kat astro first tu, bermanfaat lagi korang langgan cite ni dari korang pi langgan ombak rindu ke, cite hantu merepek raban tu sume. oke =.=

sedikit review tentang cite ni, oke saya bagi sinopsis melalui mata saya yg melihat dan tangan yg memang sedikit malas nak menaip ye ;) 
Delisa ni seorang anak kecil yang sungguh periang. dia ada 4 orang adik beradik dan dia anak bongsu. kakak dia Fatimah, dan kembar Aisyah dan Zahra. ayah dia, Abi Usman keje kat syarikat kapal antarabangsa lah kot sebab dok speaking2. dia ni sungguh2 rapat dengan ummi dia bernama ummu salamah. siyes lembut comel2 gitu ummi dia. dorang tinggal kat Lhok Nga, Acheh. rumah dia tepi pantai lagi tuh. dia ni macam payah sket nak hafal bacaan-bacaan dalam solat. doa pon dia dok lambat hafal. tu yang selalu kene sakat ngan kak Aisyah dia selalu tuh sampai gadoh-gadoh. pada hari tsunami jadi tuh, dia gi ujian amali solat dengan ummi dia. ummi dia tunggu luar, dia duk kat dalam utk ujian tuh. sebelum dia duk berdiri kat sejadah tu utk mula, ustaz Rahman dia pesan, jangan hirau sekeliling, Delisa boleh buat. sekali time tengah ujian tuh, ombak datang dia dok khusyuk baca ummi dia panggil pon dia tak sedar. sungguhlah memang dia tak hirau sekeliling. dia terdampar kat batu2 macam kat atas bukit kat pantai2 tuh. US army nama Smith jumpa dia. tapi kaki Delisa ni kene potong. yg Smith ni sampai nak adopt dia lagi tuh bawak balik US taw sebab waktu tu Delisa tak jumpa keluarga dia lagi. Alhamdulillah, dan2 time si Smith ni kata nak adopt dia, ayah dia muncul depan pintu bilik rawatan tuh. so, tak jadilah kan. bukan senang kan nak terima kehilangan kaki, kehilangan keluarga yg rapat ngan kita, sahabat baik kita sume tu pergi dalam sekelip mata? saat orang2 kampung dia, ayah dia bersedih dengan tragedi kehilangan tuh, Delisa positif, dia sungguh-sungguh ceria.siap boleh main bola sepak lagi tuh. dia yg membangkitkan semangat ayah, sahabat-sahabat dan penduduk kampung dia dengan watak ceria dia tuh. di akhir penceritaan, Delisa belajar sesuatu drp tragedi tuh. dalam melakukan sesuatu, kita perlu ikhlas tanpa mengharapkan balasan. -Delisa cinta ummi kerana Allah-

kalo korang  baca sinopsis saya tuh, memang kompom-kompom lah korang takkan mengalir derr. tak gheti lah pulok saya nak mengarang sinopsis dengan penuh dramatiknye ;) saya bukanlah seorang yg bawak tisu tengok movie. tapi movie ni mampu buat saya cari tisu ! siyes. kalau selama ni kita tengok video tsunami orang ramai-ramai kene hanyut ombak tu sume, mungkin impak dan kesannya cuma beberapa hari je kat hati-hati kita. tapi kali ni penceritaannya lebih kepada pengalaman individu. jadi, ianya lebih terkesan sebab kalau macam saya, bila saya tengok, saya cuba letakkan diri saya pada tempat individu tersebut. seorang kanak-kanak mampu menguatkan hati menerima kehilangan yg tersayang yg mungkin jika saya di tempat dia, belum tentu saya mampu kuat dan bertabah sepertinya. haaa. sebab tu saya kata saya cari tisu !

pengajaran yg saya dapat daripada movie ni :
1. hargai orang-orang yg terdekat dengan kita selagi mereka masih ada bersama kita. belajar utk cintakan mereka kerana Allah. bukan takat kat mulut je, hati tu juga ye ;)
2. hargai tiap masa yang ada, penuhi dengan sesuatu yg bermanfaat utk diri, masyarakat, agama dan negara. haaa. kan dah kabo 3 in 1 tuh. memang kome takut nak membazir masa dah pehni deyh ;)
3. jika kita positif, kita mampu buat yg lain turut positif. jangan biarkan hidup anda diselubungi........ion negatif !
4. "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut : 2)
5. dalam tiap sesuatu yg kita lakukan, ikhlaskan hati kerana Allah tanpa mengharapkan balasan. bila tak ikhlas, tu yg payoh benau ilmu nak masuk otak tu haaaa. dah tak masuk otak, hati ape lagi. ye dak?  ;)

oke selamat menonton. dah toksah lah nak berombak-ombak rindu tu haaaa. ombak tsunami tu besau lagi daaa. 

9 orang bermuhasabah:

Fayyaddhah al hafizah said...

assalamualaikum...
subhanALLAH siyes best cte ni...trigt zaman2 kecik...nenek salu bg hadiah..hehehe...tapi cubaan yg di terima masih xleh nk lwn yg delisa kne la...
Alhamdulillah semua masih diberi nikmat kesihatan dalam iman dan islam...
gugur berlian2 berharga dari mata kmktgk cte ni....

Ana said...

nice one..!
hampir jgk tsentuh bila bc sinopsis je..
mmg kmu xreti pun..
hampir tsentuh blom sempat tsentuh lagi k..wekk~

asrar.huda said...

@Fayyaddhah al hafizah aih kamu dah mcm akk la plak bercucurannnnnnnn air mata....la la la hihihi. sape xtercucur air mata tu hati nk kene clorox sental bena2 tuh nnt gamaknye ;)

asrar.huda said...

@Ana heeee.ni petnde kamu kene clorox hati kmk kne clorox tgn hahhahaha

naeimah ramli said...

best!! tapi sakit mata nak terangkan mata baca tulisan yang ada background coreng2 tu.haha. cantik sangat..;)

womiok said...

Baru tengok cter ni smlm.. Best!! Termuhasabah diri ini..

asrar.huda said...

@naeimah ramli haha nnt kmk tka bnda alah tu kasi kaler smooth2 sket ;)

asrar.huda said...

@womiok kaaaaan.kmk ngs2 tgk huhu

Fayyaddhah al hafizah said...

haha....main clorox pulak..eleh kak @Ana kntrl macho pulak..xde masalah klu nangis pown...=p