Followers

Wednesday, 7 March 2012

ALLAH. teruslah MENCINTAI dan MENYAYANGI mereka . . .

lama kan lama dan rasa tersangat lama tak bersua muka dengan belog ni. dalam keadaan yang sungguh-sungguh tak mengizinkan. terasa otot2 otak segala mengecut tak dapat pikior jelas-jelas apatahlagi utk mencerna idea menulis, memang hampeh la jawabnya. 

alhamdulillah, selesai mendaftar untuk semester baru. orang lain mungkin, dalam keadaan yg sungguh-sungguh gembira dgn azam yg baru utk semester baru. tp saya dengan mood yg sedang di-renovate dan lebih worst lagi, mungkin still under construction. on the first day, sungguh-sungguh saya tak bersemangat utk mendaftar. jiwa saya seolah-olah tiada di shah alam. sebab jauh di sudut hati, saya takut. sungguh, saya takut ! dan sungguh, ketakutan saya benar-benar terjadi. ALLAH. . . sungguh-sungguh saya terduduk.


on the second day kuliah, saya di rumah untuk menyelesaikan beberapa urusan. semua urusan terbatal bila tiba-tiba saya terdengar bunyi ketika saya tersalah step melangkah. saat tu, saya terdiam. kaki yg dah sedia sakit jadi teramat sakit ! dan hanya satu saya terfikir, patah ! balik rumah saya cuba berjalan semula, tapi sakitnya Allah sahaja yg tahu. sungguh ! saya tak terfikir lain melainkan kedua ummi dan abah saya. saya tak sanggup nak beritahu ummi dan abah. saya menangis semahu-mahunya. tak putus-putus doa saya supaya kesakitan saya ni tak mengganggu ketenangan hati kedua ummi dan abah saya. saya mesej adik supaya balik awal bawa saya ke rumah pakcik tempat saya berubat patah dulu. dan pesan saya, jangan beritahu abah dan ummi ! sungguh, saya tak sanggup melihat air mata abah atau ummi saat saya sakit. mereka dah terlalu banyak berkorban untuk saya... 


jika sem lepas, seminggu lepas saya naik sem, saya accident, patah kaki. dan sekarang, selepas sehari saya mendaftar, benda dulu seolah-olah jadi semula. itulah yg sangat-sangat saya takutkan. sangat-sangat ! dan takdir Allah, Dia uji saya semula. sungguh, saat menahan kesakitan, saya tak mampu membendung kerisauan terhadap ummi abah saya. saya menangis, bukan sebab sakit, tapi saya menangis sebab saya takut ummi abah saya sakit. saya harapan mereka. azam saya nak habiskan belajar segera sebab saya nak bekerja, nak ganti tempat ummi bantu abah sara keluarga. saya nak ummi duduk rumah rehat jaga keluarga. bila tiba-tiba tersakit macam ni, saya down. saya rasa punah semua harapan mereka pada saya. saya takut utk kecewakan mereka. sebab tu saya tak mampu beritahu mereka.....


dan, saya tak sanggup melihat airmata abah. sememangnya saya lebih manja dengan abah. abah jaga saya sakit dari kecil. saat saya patah kaki dulu, abah menangis sebab abah tak sanggup tengok kesakitan saya. abah tak sanggup tengok saya bersedih terpaksa ambil cuti semester saat sahabat2 saya semuanya berhempas pulas menyambung pengajian. dan sekarang saat saya sakit, sungguh saya tak sanggup lagi menyakitkan abah. sungguh-sungguh saya tak sanggup menambah kekecewaan abah. 


seharian saya berkurung sebab saya tak mampu berjalan keluar. saya takut abah ummi perasan. saya hanya mampu beritahu kaki saya sakit sedikit tapi tidak saya nyatakan sampai tak boleh berjalan. dan malam tu, abah perasan saat saya menunggu adik di luar rumah. abah yg bawa saya ke rumah pakcik tu. dan alhamdulillah, sungguh-sungguh saya bersyukur, pakcik tu kata saya hanya terseliuh dan bukanlah patah atau retak seperti yg saya risaukan. tapi, saya nampak riak kerisauan pada wajah abah. saya tahu abah risau fikirkan keadaan saya yg perlu memanjat hampir 100 lebih anak tangga ke kelas. saya tahu abah risau kaki saya yg pernah patah tu makin teruk. saya tahu abah sangat-sangat risaukan kesihatan saya. 


alhamdulillah, saya selamat tiba di kolej keesokan harinya. melarikan diri ? mungkin ya, mungkin tidak. saya tak nak abah dan ummi nampak kesakitan saya. harapan saya, doa saya, biarlah apa jua kesakitan saya, saya yg rasa. pinta saya, janganlah perasaan mereka terbeban dgn kesakitan saya. saya tak sanggup lihat riak kesedihan mahupun kerisauan pada wajah2 yang saya sayang. mereka kekuatan saya dan mereka juga kelemahan saya. saya tak mampu utk kuat bila saya lihat kesedihan mereka.


Allah, permudahkan urusan mereka. kuatkan hati mereka saat aku tak mampu menguatkan mereka. pelihara mereka saat pemeliharaanku tak terjangkau. tabahkan mereka dgn tiap ujian yg Kau beri. teruslah menyayangi dan mencintai mereka. saat aku sakit, mohon pelihara hati-hati mereka dari merasai kesakitanku...


entry ni bukan suroh korang bersedih, tapi suroh korang bertambah semangat. sesungguhnya korang beruntung tidak diuji dgn sakit yg bertimpa. jadi, tiada alasan utk korang bermalas-malasan berehat-rehatan tidak berjuang utk agama-Nya. dan saya tahu sesungguhnya saya lebih beruntung kerana Allah uji saya sebab petanda sayangnya Allah kpd hamba-Nya adalah ujian-Nya kpd hamba-hamba-Nya ;) thank you Allah . . .

6 orang bermuhasabah:

Ana said...

huhu~
semoga tetap tabah dlm menempuh ujiannya..
janji Allah itu PASTI! =)

Anonymous said...

Assalamualaikum...
ALLAHu ALLAH...
akk, cta ni mmg cth terbaik lh utk ktorg...moga dipermudahkan segala urusan dan juga moga ALLAH kurniakan kekuatan menghadapinya...^___^
La tai a'asu...
igtlah sesungguhnya ALLAH tu maha pemurah lagi penyayang...
ujian yg diberi adlh tarbiah dan peringatan drNYA...
wALLAHu a'lam..
positive thinking of course..
smile jgn lupa...^____^
insyaALLAH, bantuan ALLAH itu sentiasa dekat...^^

Eza Boom Boom said...

Eza dah baca entry ni banyak kali. Eza tau akak sakit dulu. masa tu Eza masih diploma. Risau sangat,sampailah akak add eza kat fb. Um, masa tu kawan2 akak cakap, akak dah tak nak sambung study dah. akak dah give up. Eza risau sangat time tu. P, bila komen2 or kol akak, Eza buat biasa je. Mesti akak ingat Eza tak tau kan. :) Eza tau & Eza selalu harap akak sentiasa diberi kekuatan oleh Allah. Alhamdulillah. Semua dah kembali normal sekarang. Eza sayang sangat kak haziq. walaupun Eza tak sebaik akak. :'(. All the best eh akak :D You can count on me. InsyaAllah.

asrar.huda said...

@Eza Boom Boom thanks dik 4 ur support ;) sakit tu mungkin dah agak sebati dgn akk. sedikit demi sedikit akk cuba belajar utk jadi kuat dr sehari ke sehari. kamu baik. allah tgk pd hati dan amal kita bkn pd labuhnya tdung dan pmakain kita. asalkan mengikut tuntutan syara' ;) awak baik dik ;p

marfieyra said...

ya Allah nasib baik tak jadi pape lg. ktorang selalu doakan korang kat sana tau? jg kesihatan tu elok2 nenek ;) jangan nak busykan diri sangat. tau3? kau ni dr dulu degil suka nk buat byk2 keje. kesihatan tu penting. ingat tu. by the way, blog dah cantek la nenek!!!!! sukaaaa. :)

asrar.huda said...

@marfieyra hahaha. paham aku paham. dah rmai ingatkan ni kene tulis besau2 depan muke ni :)