Followers

Monday, 19 March 2012

i miss u like CRAZY !



today is 19th March already. last Friday hari istimewa untuk dia dan sungguh, saya sangat-sangat rindu dia ! sangat !


<3 setahun lebih <3

<3 huda pakai tudung setahun lebih <3

<3 huda d klinik gigi <3
pejam celik pejam celik adik along dah besar dah. . . my SYAHMINA HUDA is 6 already. alhamdulillah. . . khamis malam adik call, ya Allah berderai empangan kat mata cakap dengan adik. 2 minggu tak balik, sangat2 rindu pada dia. 

adik : along, along balik tak minggu ni ?
saya : along tak baliklah adik. along ade kerja jumaat sampai ahad. kenape ?
adik : tak de ape-ape along...esokkan hepy birthday adik. kalau along balik adik nak along buat kek warna-warni kalau along tak balik, tak ape adik beli jela kat kedai
saya : adik, maaf along tak dapat balik ;( *feel like to cry !*
adik : tak ape along, adik beli kat kedai je nanti
saya : adik ke yg beli ?
adik : eh, taklah adik beli je, tapi ummi yg bayar nanti
saya : apela adik ni. cakap pusing-pusing. adik, selamat hari jadi...
adik : selamat hari jadi along...
saya : *blurr mode* . . . adik, org patutnya jawab terima kasih lah adik bukan selamat hari jadi. hahahaha

adik....along minta maaf. along tak sempat nak balik sambut hari jadi adik. sepatutnya 16 March along janji nak buat kek birthday adik letak gamba ana solehah kat atas kek tu kan. sepatutnya juga harini along nak buatkan kek rainbow dan pack goodies utk bagi kat kawan2 montessori adik. adik suka makan kek along buat kan. nanti kalau along balik, insyaAllah along buat kek birthday special utk adik ya ;) along rindu adik sangat2 !

16 march 2006, adik lahir tengahari dengan berat 3.6 kg. along masih ingat along dukung huda pertama kali, along menangis sebab along gembira sangat. waktu adik sakit, demam panas umur 8bulan, along menangis. adik sawan sebab kurang electrolyte dlm badan. doc kata sebab adik cirit birit, tak makan dan suhu tinggi. along masukkan jari dalam mulut adik sebab tak sanggup tengok gusi adik berdarah. nerve along hampir-hampir putus adik gigit. seminggu jari telunjuk along tak rasa apa-apa. doc kata, observe dlm masa 24jam, kalau sawan tak berulang, maksudnya sawan tu tak kekal, tapi kalau berlaku dalam tempoh tu, bermaksud adik akan ada penyakit tu sampai bila-bila. along takut sangat. along tak boleh tidur sebab risau sangat. dalam tempoh tu, along tak gi memane. makan tidur semuanya sebelah buaian adik sebab along takut sangat jadi ape2 kalau along tak de kat sebelah adik. alhamdulillah, adik bebas dr sawan ;) . . . jangan sakit-sakit lagi ye dik ;p

special for u my dear ;) 

buat adik : jadilah anak solehah, penyejuk hati ummi dan abah. semoga jadi serikandi, mujahidah solehah pejuang agama. jangan ngegeh2, jangan garang-garang, jangan manja2 sangat. dan, jangan suke jadi kaki retort. haha.... SYAHMINA HUDA, along rindu kamu !


1 orang bermuhasabah:

Anonymous said...

gila tersentuh lar baca entry ni. happy birthday huda :)