saat dia ada, dia tempat saya meluah rasa. dia tempat saya mengungkap berita gembira. saya bukanlah insan yg mudah mengungkap sisi sedih dan pahit hati kepada mana-mana insan lain walaupun dia mungkin sahabat terdekat saya. sungguh, selepas Allah ambil dia pergi, saya bagai hilang pergantungan, saya bagai hilang arah. sungguh-sungguh, dia sahabat terbaik. mungkin, Allah sedang menghadirkan sahabat yang lebih baik dari dia kini, cuma mungkin saya yang masih belum sedar siapa dia pengganti 'dia'. saat berhadapan dengan masalah, saya rasa sakit yang teramat sebab saya tak mampu untuk meluahkan kepada sesiapa selepas dia tiada. dan sungguh-sungguh, saya sangat-sangat teringatkan dia kini.
saya selalu bersedih, selalu menangisi pemergian dia, merindui kehadirannya, tapi saya tak pernah cuba menyingkap hikmahnya Allah ambil dia pergi dari hidup saya. apa yang saya tahu saya sedih, saya perlukan dia. hati saya seolah cuba berdalih, menolak, menutup segala hikmah yang cuba Allah tunjukkan selepas Dia ambil 'sahabat' saya pergi. dan kini, saat bersendirian, Alhamdulillah, Allah tak pernah jemu untuk terus-terusan menguatkan saya bilamana Dia sedarkan saya akan hikmahnya ketiadaan 'dia'.
sungguh, Allah sayangkan dia dan sungguh Allah teramat sayangkan saya. Allah ambil dia pergi, tapi Allah tak pernah tinggalkan saya sendirian. selepas dia tiada, sememangnya saya hilang 100% pergantungan kerana saya tak mampu menyatakan kesedihan kepada selain dia, tapi disebaliknya, saya jadi terlebih meletakkan pergantungan pada-Nya kini. bilamana saya tak mampu menahan kesakitan, Allah jadi tempat pertama saya mengadu, bila saya tak mampu menahan sedih, Allah jadi tempat pertama saya cari untuk meluahkan tangisan, bila saya tak mampu menahan hati, Allah jadi tempat pertama saya berkongsi cerita. Allah ambil sahabat, sepupu kesayangan dan sahabat bercerita saya, tapi Allah sedarkan saya hakikat kehadiran-Nya di sisi dan hati saya. dan sungguh baru saya sedar kini, Allah tak pernah tinggalkan saya sendirian selepas dia tiada. dan saya tahu, selepas dia tiada, saya bukanlah lagi wanita lemah dengan air mata yang tak sudah-sudah. pemergian dia banyak menyedarkan saya untuk lebih berdikari, untuk lebih mendewasa dan tak sememeh lagi. saya belajar untuk jadi kuat, saya belajar utk tidak lagi bernegatif je sepanjang masa dan saya belajar bermacam-macam perkara selepas dia tiada ;)
Allah mendidik saya dalam diam. . .thank you Allah for everything. . .alhamdulillah. . .
R.E.M.I.N.D.E.R. ;
Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi Allah beri apa yang kita perlu. insyaAllah, perancangan Allah itu Maha Teliti dan terbaikk untuk kita. Allah jadikan tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya, percaya pada Dia ;)
3 orang bermuhasabah:
macam ini lah bagus =)
@Anonymous syukran. maaf, siapa ni ya ?
sentiasa kuatkan diri akak. Eza tau akak boleh. :) Eza sayang akak :D
Post a Comment