Followers

Thursday, 29 December 2011

kahwin awal. disebalik kata TAK BOLEH mak ayah.

saya tahu saya belum berumah, bertangga apatah lagi kan, jadi pastinya macam tak berapa nak sesuai bercakap soal ni. eah? tapi, tak bermakna saya hanya perlu berdiam senyum tak perlu kata apa-apa. kan? terpanggil untuk berkongsi bila terbaca perkongsian sahabat. dari situ, terlintas utk mencatat sesuatu yg terlintas tentang perkahwinan awal ni. cikasrar dah nak kahwin ke? erk. sila KIV dulu ;)

bukan mudah sebenarnya berkahwin awal. siyes. kalau senang benoo, memang saya kahwin dah ;) jadi, mereka-mereka, adik-adik, sahabat-sahabat yg kahwin awal, tahniah! anda berjaya menyebabkan syaitan menangis tersedu-sedan. oish mesti huduh ghupe mreka nih menangis ;0. yg masih berCOUPLE dan belum berkahwin, BAGAIMANA? mahu terus membiarkan syaitan terus bertepuk tangan  menang dan kita KALAH?

"saya nak kahwin laa kakak, tapi mak abah saya yg tak bagi". saya selalu diberi feedback sebegini bila saya mengusulkan nikah kpd mana-mana sahabat. hurm. kenapa rasanya MAK ABAH TAK BAGI KAHWIN awal ya?


1. kakak, kamu masak pun tak pandai, macam mana nak bagi laki makan?
tersirat : kakak, kamu dua-dua masih belajar. abah tahu, di sebaliknya, antara sebab lain dia kahwin sebab nak jimatkan siket belanja makan di luar. abah takut kakak tak memenuhi expectation dia... abah takut dia kecewa dan abah lagi takut kakak terluka......

2. kak long, kamu tu pemalas, hapenye berangan nak kahwin. tak terurus rumah tu nanti.
tersirat : kak long, lelaki ambil kamu jadi isteri dgn harapan ada seseorang yg dapat membantu menguruskan hidupnya yg sibuk dan menjaganya spt mana ibunya menjaganya. sbb sifat kebanyakan lelaki itu, tunggang-langgang bila sibuk ;) ibu takut dia tak tahan dengan perangai pemalas kak long spt mana ibu dan abah tahan.....

3. angah, kamu tu nak dengar cakap kamu je, keras kepala. tak tahan laki kamu dengan kamu nanti.
tersirat : abah seorang lelaki, dan lelaki ada egonya sendiri. tiada lelaki yg suka diarah, diatur hidup mengikut aturan dan kata isterinya. pasti tercabar jika suara isteri melengking melebihi suami. abah takut suami angah tak tahan dengan perangai kepala batu angah seperti mana abah bertahan dgn sikap angah......

4. adik, kamu tu baju pun mak yg basuhkan, macam mana nak jaga laki?
tersirat : adik, kamu terlalu manja, dah biasa senang, ibu takut adik tak sanggup bersusah. ibu takut adik tak dapat bertahan. dan ibu lagi takut kalau suami adik tinggalkan adik sebab tak tahan dengan perangai 'nak senang' adik tu, seperti mana kami mampu bertahan.......

5. kakak, sapa nak tolong tengok-tengokkan adik-adik nanti kalau kamu dah kahwin
tersirat : kakak, ibu takut kakak jauh daripada adik-adik bila kakak dah bersuami. sebab, tanggungjawab kakak dah berubah, kakak perlu lebihkan perhatian kpd suami dlm apa jua perkara....ibu tak sanggup lihat adik-adik hilang perhatian kakak.....

6. nanti-nantilah...bagilah mak abah merasa duit kamu dulu
tersirat : kakak, bukan mak abah nak duit kakak. kami nak perhatian kakak sebenarnya. mak takut kehilangan perhatian anak mak bila anak mak dah kahwin. sebab perhatian kakak perlu lebih kpd suami....

7. nanti ape jiran-jiran kata kamu nak kahwin awal... mereka ingat ade benda tak elok plak nanti
tersirat : ni sekadar alasan mak abah yg kami reka je kakak. sungguh, kami tak kisah dengan cakap-cakap orang, sebab kami kenal kakak, dan kami percayakan kakak....yg sebenarnya, kami takut kehilangan kakak.......

8. kamu muda lagi. banyak lagi peluang kamu utk kamu kenal dan jumpa lelaki/perempuan yg lebih baik.
tersirat : kakak, lelaki tu tak baik utk kakak. abah tahu kakak. sebab abah juga lelaki. dan abah nak yg terbaik utk anak abah. sebab abah nak seseorang yg baik menjaga kakak saat penjagaan abah tak sampai kpd kakak........

9. belajar dulu, jangan nak gatal kahwin. study pon mak abah support, nak kahwin kunun.
tersirat : kakak, mak abah takut bila dah kahwin kakak tak cukup duit nak makan, nak belanja sebab dua-dua masih belajar. dah tu dua-dua pakai pinjaman yg tak seberapa... mak abah tak cukup duit nak bagi kamu berdua wang saraan. adik-adik ramai lagi masih sekolah..... mak abah minta maaf kakak.....bukan mak abah saja-saja tak bagi....

10. abah bukan tak bagi, tapi kamu berdua masih belum betul-betul matang, macam mana nak mengemudi rumah tangga
tersirat : kakak, abah baru tak bagi kakak kahwin, kakak dah melenting. macam mana kakak nak abah percaya kakak tak melenting bila suami marah atau tegur kakak? abah takut kalian bertegang urat hanya kerana perkara kecil. kakak, abah tak sanggup lihat airmata kakak.....

11. kakak, abah dan mak bukan tak bagi, tapi kami tak nak kakak susah nak bahagi masa keluarga dan pelajaran.
tersirat : kakak, mak abah tahu kakak berhempas pulas belajar siang malam, tapi result kakak macam tu jugak. mak abah takut kakak lagi penat bila dah kahwin, sebab tugas isteri itu berat kakak....mak abah tak sanggup tengok kakak lesu kepenatan......


lihat sahabat-sahabat. inilah realitinya. mereka beralasan di bibir, hakikatnya, mereka tak nak anak mereka jauh daripada mereka. mereka tatang kita dari kecil, asuh kita, lihat kita membesar, susah, sungguh payah mereka nak melepaskan kita. dan kita, masih dengan pendirian utk berkahwin, melenting bila tak diberi. tersentap tak hati mak abah kita dgn sikap kita? di sebaliknya, mereka faham kita lebih drp boyfriend kita faham kita. mereka takut pasangan kita tak mampu menerima kita seperti mana mereka menerima kita dan perangai kita..... 


ummi saya selalu kata, remaja sekarang tak macam remaja dulu. remaja dulu, awal-awal remaja dah dibebankan dgn tanggungjawab, jadi mereka cepat matang. remaja sekarang semua mudah. itulah antara sebab mak abah takut melepaskan kita berkahwin. sebab mereka tak percaya pada kita. jika kita terus-terusan malas, duk harap mak abah je semua, macam mana mak abah nak percaya yg anak dara dia dah besar, dah matang dah boleh jadi isteri orang? sebab dia masih nampak anak dara dia yg berusia 10 tahun, yg masih mengharapkan mak abah dalam semua perkara....


benar, kita mahu mengelakkan maksiat. hati dah suka kan, sukar nak mengelak. kita cuba menjaga hati. tapi dalam pada tu kita tak sedar kita terlukakan hati mak abah kita dgn kata-kata keras mempertahankan pendirian kita....belajarlah utk memahami ibu bapa agar mudah utk kita melembutkan hati mereka. bila hati mereka lembut, insyaAllah, mudah utk kita dapatkan kepercayaan mereka membenarkan perkahwinan awal kita ;)


R.E.M.I.N.D.E.R ;) ilmu itu cahaya dan cahaya tak masuk pada hati-hati yang berbuat maksiat ;p

Thursday, 22 December 2011

kau pergi bawa SEMANGATKU, tapi kau tinggalkan SEMANGAT baru


semalam 22 disember. kalau kau ade lagi, umur kau 21 tahun. aku rindu nak buat prank call kat kau. aku suka tengok kau marah dalam tawa. sebab kau nampak lucu. tiap-tiap tahun kitorang call kau bila tiba besday kau. bila kau dah takda, aku tetap call nombor kau walaupun dah takda sapa angkat marah-marah aku lagi. 


22 disember 2011, tarikh sama result PMR keluar. kau tahu, adik kau, udin, dia dapat straight A. dia sama macam kau. dia pandai macam kau. dia aktif macam kau. tiap kali aku tengok dia, aku rasa aku tengok kau. dia berubah jadi betul-betul macam kau. dulu kau selalu suarakan kerisauan kau tentang adik-adik kau. kau takut kalau dorang terus-terusan susahkan hati mak kau, kau risau kalau dorang tak berjaya. tapi, kau berjaya didik adik-adik kau, pis.


kau kata aku keras hati kan? sampai kau hadiahkan se-tong air zam-zam waktu kau balik dari umrah kononnya nak suruh hati aku lembut sikit. tapi keras-keras hati aku, aku meraung waktu kau pergi. kau selalu kata aku kuat, aku tabah, tapi setabah-tabah aku, aku pengsan waktu atok kata kau dah takda. kau selalu tak bagi aku pergi kubur sebab kau kata aku lemah semangat. tapi lemah semangat aku terubat bila kau pergi. lama aku duduk kat pusara kau. 


sebelum kau pergi, kau tak sabar nak jumpa aku kan. hari-hari kau datang rumah atok tanya bila aku nak sampai. hari rabu kau call aku tanya bila nak balik. suara kau happy sangat borak ngan aku macam baru first time kau cakap dengan aku. aku tak tahu, panggilan tu panggilan terakhir dari kau. kalau aku tahu, aku cakap dengan kau lama-lama. 


kau suruh aku bantu kau dapatkan borang untuk mohon biasiswa. sebab kau taknak susahkan mak ayah kau dan atok bila kau dapat sambung degree nanti. aku dah printkan borang tu siap-siap jumaat pagi tu sebab aku nak balik petang tu. aku tak sabar sangat-sangat nak balik kampung. tapi, kau tahu, 10.30 pagi, atok call bagitaw kau dah takda. kau tahu tak, aku rasa dunia aku gelap. aku terkilan sebab tak dapat jumpa kau walaupun berkali-kali kau call suruh aku balik......


aku call mak aku cakap kau dah takda, mak aku tanya berkali-kali, abang apis mana? aku tak pernah tengok mak aku nangis pis, tapi hari tu mak aku meraung. kau tahulah kan, mak ngah kau kan gabra sket. ayah aku terdiam sungguh-sungguh. sepanjang perjalanan balik kampung aku tampar-tampar pipi aku utk sedarkan diri. sebab aku harap sangat semua ni mimpi. tolonglah, ini bukan kenyataannya. waktu tengok jenazah kau, aku pengsan lagi. rupa kau tak macam kau. aku masih anggap tu bukan kau. kau senyum je. aku berat hati sangat nak tengok kau pergi, tapi, aku tahu, ALLAH sayang kau sangat-sangat........ 


kau nak tahu, ramai sangat datang rumah kau. budak-budak sekolah maahad, samura, semua datang ziarah. ustaz kesayangan kau pun datang. dia ketuai solat jenazah kau juga. berkali solat jenazah. kawan-kawan baik kau semua ada. semua tengok aku, sebab rupa aku sadiss sangat kot. tapi, petang tu juga, kawan-kawan kau bagitaw keputusan upu kau, yg sepatutnya korang tengok sama-sama pagi kau meninggal tu. kau berjaya diterima ke UTM kos yang kau minat sangat, chemical engineering. aku tengok muka dorang sedih sangat. sebab korang plan nak masuk UTM sesama kan? korang nak sebilik macam kat samura kan? tapi kita hanya merancang, perancangan Allah lebih teliti....... isnin tu, mak long dapat dua surat. surat tawaran biasiswa untuk kau. semua yang kau risaukan, semua terjawab. mak long menangis waktu dia baca surat tawaran kau tu.  


aku sedih tengok adik-adik kau. tiap-tiap hari naqib tunggu kau depan pintu untuk ambil dia bawa jalan. icam yg banyak cakap dah jadi pendiam. waktu puksu ambil dia kat sekolah, dia semangat bawa buku add math dan chemist sebab dia nak balik belajar dengan kau. tapi dia tak tahu, saudara meninggal yg puksu maksudkan itu sebenarnya engkau. dia cakap puksu tipu waktu puksu bagitaw yg meninggal tu kau. dia peluk baju kau. dia cium beg kau. sebulan dia tak bercakap dengan sesiapa. dia dendam dengan orang yang laggar kau. kau tahu, atok sadan yang kita selalu kata garang tu, yang selalu tonyoh kepala kita time ngaji tu, dia tak sanggup nak mandikan kau. semua hospital yg uruskan. tapi, atok yg ketuai solat jenazah kau. seminggu atok sidah demam lepas kau pergi. atok tukar warna motor dia sebab dia selalu teringatkan kau bila tengok motor tu. sebab, motor tu kan motor terakhir kau naik sebelum kau pergi. dengan motor tulah kau pergi......


lepas kau pergi, aku tak boleh makan durian sebab kereta yg langgar kau tu dia bawak durian. aku benci bau durian. aku elergic dengan sambal sotong sebab tu kan makanan kegemaran kau. aku nangis tiap kali orang hidang sambal sotong. macam orang tak waras orang tengok aku kan. tapi alhamdulillah, aku dah oke sekarang. ;)


lepas kau pergi, aku dah hilang seorang abang dan sahabat. dulu kau kata kau nak tengok aku kawin dulu kan, sebab kau nak pastikan aku tak salah memilih. kau takut aku menangis kan. kau takut aku sakit. tapi kau dah takda nak tolong pilih utk aku. tapi takpa, ayah aku ada ;) 


kau selalu kutuk aku macam lelaki, lasak, ganas, tapi saat kau pergi, sungguh, aku tak lasak. aku duduk je tepi jenazah kau diam-diam dengan quran kat tangan. kau selalu suruh aku diam. kau suka tanya aku, tak penat ke bercakap je? kau kata mulut aku macam murai. tapi waktu kau pergi, aku diam. aku tak bercakap. air mata dah jadi suara aku. kau kutuk aku kata aku gemuk. tapi lepas kau pergi, berat badan aku turun mendadak sebab aku tak lalu makan.


waktu exam, kau call aku kan? sebab kau tahu sepupu kau ni stock-stock student yg tak pandai langsung nak handle stress. kau kata, kalau aku belajar kerana Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan semuanya. kau selalu tanya aku ada duit atau tak nak makan sebab kau tahu aku suka berdiet kononnye sampai gastric. pastu kene lepuksss ngan kau. 


kau selalu pening kepala tengok aku malas belajar. sampai kau buat tusyen utk aku sorang je walaupun akhirnya kau sakit hati sebab aku tak tengok pon kau ajar sebab dok khusyuk tengok tv. tiap kali exam cepat-cepat kau tanya result aku. memang sah-sah jauh sangatlah result kau dgn aku. tapi tiap kali markah aku jatuh, bila mak aku tanya markah kau, kau akan cakap result kau pon jatuh. padahal jatuh-jatuh result kau pun A1 juga. kalau aku punya jatuh, gedebuk gedabak menjunam. kau suka selamatkan aku daripada kene marah dgn mak aku. bila mak ayah aku mengadu perangai aku kat kau, kau tetap sebelahkan aku. tapi lepas tu aku kene dengar ceramah kau la plak ;)


waktu kita gi genting ramai-ramai dengan atok sume, kau pilih utk duduk tepi aku waktu naik roller coster sebab kau kata kau sorang je boleh tahan dengar jeritan aku. sebab kau tahu aku menjerit kuat sangat kan bila aku takut. dari kecik kau dengar jeritan aku bila kita main hantu-hantu dengan puksu. tapi lepas tu kau tak bagi aku naik roller coster lagi dah sebab kau kata nanti kau boleh pekak. 


waktu aku patah kaki, kau sibuk nak jaga aku, tapi waktu kau tak boleh jalan, aku tolong tengok je. waktu aku jatuh motor, cepat-cepat kau datang tolong, tapi waktu kau jatuh motor, aku tolong gelak kuat-kuat. bila atok marah aku, cepat-cepat kau sorokkan aku, tapi bila atok marah kau, aku buat-buat tak tahu je, siap boleh bla laju-laju lagi ;)


sebelum kau pergi, kau kata kat aku duit kau dah banyak kau kumpul nak beli motor supaya senang kau gi kuliah. kau taknak susahkan mak ayah kau. aku ingat lagi, kau nak beli 125z kan? tapi, kau tak sempat beli..... pastu kau kata, kalau kau dah kerja, kau nak hantar mak ayah kau gi haji. tapi, kau pergi dulu....


dulu kau mesti teman aku bila aku nak gi mana-mana naik bas. sebab kau tahu aku tak reti naik bas. kau pegang tangan adik aku dan suruh adik aku pegang aku, sebab kau tahu, aku tak pandai lintas jalan. kau selalu kutuk aku sebab benda-benda basic pon aku tak pandai. kau kata tak gunalah aku ni berdikari sangat kalau benda macam tu pon tak pandai buat.


zaman kampus, aku taw couple tu haram. aku bagitaw kau. kau terus putus. aku tak terangkan apa-apa lagi, tapi kau putus jugak. budak tu baik sangat kan, tapi kau lepaskan juga dia. bila aku tanya, kau kata, yg HARAM tetap HARAM. aku tahu kau sayang dia, tapi kau lepaskan sebab kau kata jalan korang salah. kau nak dia persiapkan diri jadi wanita solehah. kau kata jangan tunggu kau lagi. kalau jodoh korang, korang akan bertemu semula. tapi, mungkin bukan jodoh kalian di dunia ni.......... mana aku tahu? aku tahu sebab aku bersahabat dengan dia lepas kau pergi.. sungguh, dia wanita yg sungguh-sungguh baik dan dia sahabat yg sangat baik. kau tahu, 2 bulan lepas kau pergi, ayah dia pula pergi... mesti dia lagi sedih dari aku kan sebab dia teresak-esak call aku......tapi dia wanita yg kuat.


muhammad hafizuddin hasnee. mungkin aku bukanlah sahabat dan sepupu terbaik untuk kau, tapi kau sepupu dan sahabat terbaik yg pernah aku ada. walaupun kau dah takda, tapi semangat kau masih bersama kami. aku tahu aku perlu kuat sebab mak dan adik-adik kau perlukan aku. cuma, kadang-kadang memang aku kalah bila aku teringatkan kau. sebab takda telinga yg dapat aku pinjam utk dengar masalah aku, tiada orang yg aku nak kacau bila aku stress, tiada kata-kata teguran bila aku buat salah, tiada kata perangsang saat aku terlalu lemah. 


terima kasih ya Allah atas kurnian sahabat sebaik dia, walaupun ianya hanya sementara, namun hadirnya cukup bermakna. semoga kau bahagia di sana sahabatku. 




assalamualaikum ;)

Monday, 19 December 2011

RESEPI : Magnolia's Blueberry Cream Cheese Buns

macam dah lama tak kongsi resepi kat belog ciput nih. masa macam cemburu siket nak suroh mengupdate. masak membaking kemain punya banyakss tapi takda update. hoh. saya kekurengan masa. tak ngapalah. harini dok kongsi satu resepi yang dah agak berkurunss saya buat tapi Allah baru mengizinkan saya berkongsi dgn kalian-kalian dan kalian sekalian ;)

siapakah gerangan awak wahai benda?
assalamualaikum kawan-kawan, nama saya magnolia rasberry cream cheese buns. haha. hamekkkkk skali panjang berjele nama. kalo soh atok sebut ni mesti tergeliat lidah uish! tapi benda alah ni saya tukar jem nye kepada blueberry disebabkan ketiadaan unsur-unsur rasberry di esbox rumah ini ye. dok membazir beli jem bebanyak, tapi dok tersimpan rapi je dalam esbox, bek guna je ape-ape jem yg ade. saya taknak jadi kawan syaitan oke ;p

ini resepinye oke kawan-kawan ;)


sumber primer : kak jun yummylicious
sumber sekunder : asrarhuda

bahan-bahan ;
1 3/4 cwn all-purpose flour
1 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp garam
250g cream cheese
1/2 cwn unsalted butter
1 cwn gula (saya guna gula kastor)
2 biji telur (saya guna grade B punya)
1/4 cwn milk (saya guna fresh milk)
1/2 tsp vanilla extract

TOPPING:
1/2 cwn raspberry preserves (guna blueberry je)

1. Panaskan oven 180 celcius.
2. In a small bowl, campur tepung, baking powder, baking soda, dan garam.
3. Dalam bekas lain, putar cream cheese, butter, dan gula until smooth. masukkan telur dan pukul lagi. Masukkan bahan kering berselang seli dgn milk n vanilla.
4. Masukkan dlm cup lbh kurang 2/3 (sy letak 3/4). Letak rasberry and deco2 laaa ikut suke anda ye ;)
5. Bake for 25–30 minutes atau korang test la gune lidi kalo clear tu oke dah ;p

selamat mencuba!

nota kaki ;) siyesss sedap benda alah ni utk sesape yg suke cheese lah. for those yg berDIET, sila berjalan 1km lepas makan k agar hidup anda tidak diselubungi misteri................LEMAKSSS! oke ;)


R.E.M.I.N.D.E.R ;)
only those who dare to fail greatly can ever achieve greatly

Sunday, 18 December 2011

kenapa SAYA MEMASAK?

saya suka memasak tak bererti saya pandai masak kan? masih lagi tahap amatur. masih saaaaangat banyak perlu belajar. duduk diam-diam, jeling-jeling jeles resepi kakak-kakak belog, ambil masa muhasabah sebentar, kenapa sebenarnya saya memasak? 

1. sebab air tangan pengikat hati-hati 
ini rasanya semua pon tahu kot kan. nenek-nenek selalu kata, nak ikat suami, ikat perutnya. eh, ikat perut ke tawan perut. dah macam pelek je bunyik ayat tuh siyap nak berikat-ikat. maw mati kejungss laki tu nanti. hish. haaa. camtu jugaklah kalo nak kukuhkan ikatan adik-beradik dan keluarga. saya suke pegang kata-kata ni "bila kita menyampaikan dari hati, insyaAllah yg menerima juga dari hati". memasak sama juga, bila kita memasak ikhlas dari hati, insyaAllah, akan effect si pemakan. ummi saya selalu kata, bila kita ikhlas masak utk keluarga, bila kita masak dgn penuh kasih sayang, hati-hati yg makan masakan kita tu, lebih tertaut dengan kita, lebih mudah dilembutkan dgn kata-kata kita. power jugak hoO air tangan nih. takpayah dah nak jumpe tokmoh menderem-menderem laki soh dok turut kata cam orang takwaras. haha. tutup kedailaaa tokmoh pehni ;p


jom ikat hati ;)


2. sebab jimat. yess. JIMAT! eh, kedekut kot sebenarnya ;)
memasak sendiri itu jimat Oke. sungguh, saya seorang yg sangat kedekuitt. saya rasa sangat tak berbaloi makan askem tutti fruitty yg sungguhla cinonet punye isi dgn harga berbelas dan berpuluh ringgit. dan saya rasa saya sungguh tak patut membayar RM7.50 utk cheesecake SR yg cinonet tak hengat. dahlah tak cukup kalo nak kongsi kitorang 5 beradik. sadiss kan hihi. habaq dah saya kedekuit. duit tu kalo spend kat benda lain baguih dah tu. bagi belanja adik2 ke, g infak kat pembinaan masjid ke, madrasah ke, taja anak orang miskin belajar ke haaa baguih tu baguih. berjalan je pahala sampai bebile kan kan. saham kat akhirat tuh. tapi, kalo adik dok minta, oh, kakak besar ini akan surrender awallah! kalo tekak sendiri minta, hah kau jangan nak gedikss oke tekak! sebab tulaaa saya dok godek menggodeks resepi utk memenuhi selera besau adik-adik dan saya. saya bukan keje cop duet oke nak belanja dorang tiap2 hari. tapi adikss saya oke je, sumo ditelan. dapat makan banyakss lagi tuh ;) masak sendiri jimat kan hehe


mari berjimat. nanti tua2 boleh beli cincin RM24juta. opps! ^_^

3. sebab kebersihan dan kesihatan itu penting oke!
haaa. ummi saya selalu kata, makan kedai tak elok, banyak ajinomoto. dulu kecik-kecik ummi kata jangan makan ajinomoto nanti bodoh sampai ke tua. takut oke. pastu abah mulalah datang dengan cerita pasal kes-kes kematian mengejut. opismate dia la, anak opismate dia la, jiran dia la, tok dia la, makcik dia habeh sumo kua. banyak kes pompuan kene barah, dan macam-macam lagi penyakit yg tak dapat nak dicerna otak utk mengingat sekarang yg rata-ratanya berpunca daripada msg, perasa, air gas, makanan tin dan yg seangkatan dengannya. ajinomoto tu perasa laa kan? so, bahaya lah kan? hehe. kebersihan tu penting juga oke. makanan kat kedai tak tentu bersih lagi. kalo makan mee goreng depa, rase kapur dia tu sangat holiawww oke. eh, kapur kan? hehe. pernah jumpe ulat kat sayur? lipas dalam lauk ? penah tak penah tak? nak salahkan depa pon tak lah boleh sangat. dorang nak masak banyak, nak kene jaga banyak, tak dan lah kot kan nak perhati teliti2 sume tu satu persatu. so, yg tukang makan ni, pandai-pandai sendiri laaa nak berjaga ;p kalo masak sendiri, mesti kite teliti betul-betul bahan-bahannya kan supaya kita tak makan kailan ulat masin or nasi goreng cicak. dan benda paling PENTING, sila check tanda halal pada barang-barang yg anda beli ;)


4. sebab adik-adik saya perut besau selera double besau
sesungguhnya selera adik-adikku sungguh-sungguhlaaaa overr oke. sat minta lasagna, sat gi lapar steak, esok-esok soh masak nasi ayam penyet tulat-tulat request cheesecake. satu hari makan xpernah sekali. sat2 lapar, pastu buat ayat sadiss, "eh, takda makanan ke kat rumah kite?" memang kuangsam beno lah korang kan. nak tunjuk kakak korang pemalas la tuh! mungkin juga ade terberjangkit penyakit warisan ummi abah saya yg langsung tak boleh dengo orang kata lapar, nak makan itu, nak makan ini, mesti dorang usahakan utk sediakan. so, kak besar dah besar, takkan nak dok harap ummi abah juga yg sediakan kan kan kan. tak guna lah kau membesar godang kalo tak boleh diharap. kata sahabat saya, kalo  tak boleh n taknak bantu mak ayah, sila muntahkan semula semua susu mak kau dan makanan makpak ko bagi tu sekarang. hihikss. kasau beno la bunyiknye deng.


budak kecik makan gini cute kalo bapak budak makan gelojoh gini maw kene lepukss

5. sebab lebih 'terjaga'
salah satu sebab utama saya memasak, sebab saya mahukan apa-apa yg adik-adik dan keluarga saya makan terjaga. Saya percaya, orang yg memasak, persekitaran ruang memasak, memainkan fungsi tersendiri terhadap peribadi seseorang. saya terkesan dengan keluarga Dato' Dr. Haron Din. Ibu bapa beliau sangat2 menitik beratkan pemakanan dan sumber-sumber makanan yg diberikan pada beliau adik-beradik. ayam diternak sendiri, sayur hasil tanaman sendiri. so, tak mustahillah keluarga beliau melahirkan ramai ilmuan-ilmuan yg cemerlang. dan kerana itu saya lebih suka kami memasak sendiri. Masak sendiri ni kita boleh kawal persekitaran. Berwudhuk sebelum memasak, banyakkan selawat ketika memasak instead of membebel, merepek, mencarut bagai tuh dan alunkan muzik pelembut jiwa, muzik indah al-Quran, zikir, selawat. subhanallah, jiwa anak-anak yg memakannya pasti terpengaruh utk menjadi jiwa-jiwa yg tenang juga ;) siapa tak mahu anak soleh bukan? jika saya mungkin tak solehah, saya mahu adik-adik saya seorang yg soleh dan solehah. dan kerana itu, saya lazimi mengawal sumber dan persekitaran ruang memasak. alhamdulillah, nampak sedikit perubahan daripada adik-adik yg muda-muda tuh. yg dah besau godang ni hati dh keras memang susah dah nak lentur2. sebab tu kene lentur buluh waktu dia muda oke! tapi harus juga mencuba utk melentur yg besau godang nih ^_^
woo. sejuk ati dapat anak yg menjaga solat kan kan ^_^

6. satu kepuasan
semestinya, memasak sendiri itu satu kepuasan bila tengok adik-adik makan apa yg kita makan kan kan? seronokss oke. sangat seronok. perasaan yg tak dapat diungkap dengan kata-kata. ahakzzz. jadi, tak perlu tulis lebih-lebihlaaaa kot kan ;p

7. sebab saya sibuk!....?
oh, macam tak kene je! hoo. sungguh saya seorang kakak dan anak yg sangat sibukkkkk manjang oke. nak tengok batang hidung, bukan takat batang hidung, nak tengok bayang pon susah. kunun cuti, tapi berprogram je kamu. jadi, bila tiada aktiviti, haruslah luang masa dengan adik-adik kan kan. biarpun kuantitinya kurang, tapi harus sungguh-sungguh menjaga kualiti. kualiti masa itu penting oke. PENTING. bila tiada aktiviti, saya shoot balik rumah, dan kami pon membakinglah bersama. sorang pukul telur, sorang buat topping pastu dah siap, sama-sama melukis atas kek or cupcake walopun ghuponyoooo aish aish, bukan org je tak selera nak makan, orang yg buat tu sendiri pon tak selera. tapi tapi kene paksa jugak habehkan. hehe.


apepun, yang penting ini ya ;p



Tuesday, 13 December 2011

masakan bernama "AYAM BBQ MADU" kot ;p


heheh. tajuk tu dah nampak beno kamu tak berkeyakinan asrar ;p bile nak kene masak utk lunch je, kompom-kompom otak macam kene serangan bom blurr yg melampau! hari-hari kalo tanya adik-adik nak makan ape, pastinya jawapan yg sama, AYAM. aishlaaaa. disebabkan dah tak tahu nak masak ape, then termasaklah ini ;p resepi asal daripada kak dayangjack yg saya jumpa di MyR tapi diolah dan dicaca marbakan oleh saya yg kureng kreativiti dan sememangnya tangan kejungss ;p


sumber primer : kak dayangjack
sumber sekunder : asrarhuda

bahan-bahan :

-ayam ( saya guna 4 ketui besau2)
-sos BBQ (dlm 4sb)
-madu (dlm 2sb)
-1/2 biji perahan lemon
-serbuk lada hitam (1 sb)
-garam
-minyak

cara :
1. ayam korang kelar2 siket jgn laaa smpai terburai habeh plak
2. ayam digaul bersama bhn2 kat atas tu dan perapkan semalaman. lagi sedap. kalo rase2 nak makan time tu jgk, peraplaaa utk 2 jam. haha. xjugak korg dpt makan time tu kan ;p
3. bakar 200 C utk 20 min. kuakan, sapu baki bahan perap tadi kt ayam kemudian bakar lagi utk 20 min.
4. korang nak panggang boleh, goreng pon boleh. sila2.


kan kan, i dah kate dah resepi ni habeh dicaca marbakan ;p
kepada sahabat yg nun jauh di perantauan yg request resepi mudah,ringkas,cepat lazat, ni hadaplaaa korang resepi ni ye. jangan sampai terbakoo dapor korang sudeyy k ;p

kenape ayat haku semakin lama semakin skema hoO!

R.E.MI.N.D.E.R ;)
"tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan"

Thursday, 8 December 2011

It's Butterfingers!

.: Bismillahirrahmanirrahim :.


Ape tu butterfingers ha? oh. itu adalah sejenis coklat yg berupa cenggini ye ;)


ini sebenarnya firstime tengok benda alah ni. rasenye kat mesia xdak jual kot. kat obersea je tengok orang dok sebok2 kate ttg benda alah ni. tp ghupe cambest je hoO! so, jemari sangat gatallah jugak nak merasa benda alah cikedis ni sungguh-sungguh!

dan... terjadilah benda alah ini pada akhirnya.................................................................


oh, tak same lah ghope mereka! hokhok. cemanelah nak moLah, dah sik da acuan nak... tapi, siyesLy, benda alah ceklat ni sungguhss sOdap sungguh-sungguh! sedap sedap dan sedap again Oke. cemane nak describe tentang rase dia ek? hurm~ lebih-lebih kurang macam rase cadbury picnik, tapi structure dia keras sket daripada coklat tu + takda kekacang dan wafer rangup dalam coklat tu oke ;) tapi memang dia dok kenyal2 sedap! actually dok nak habehkan saki baki cornflakes dan creamy peanut butter. so, google menggoogle laa ape yg boleh dihasilkan dan alhamdulillah, Allah pertemukan dgn resepi candy yg agak mabeles nih! selalu dok buat cookies, salut madu, salut coklat, la ni nak lari sket dari kejadian biasa laa kot ;) 

uhukuhuk. gambo yg terhasil di atas sememangnyaalaaa agak sadiss utk dilihat oleh mata-mata korang ye,. tangan kejungs memang begini ya, tak berseni langsung memotong, menghias dan mengambil gamba harap maklum ;p


Butterfingers ;)
sumber primer : grouprecipes
sumber sekunder : asrarhuda

Bahan-bahan :
6 cwn cornflakes-dihancurkan
2 cwn crunchy peanut butter (sy guna creamy saja)
1 cwn gula (sy guna gula kastor)
1 cwn corn syrup (sy guna sedikit golden syrup + pure honey)
milk chocolate-utk menyalut candy (sy guna dark choc compound)

Method ;)
1. masak peanut butter, gula dan corn syrup dgn api kecil sampai sebati dan likat
2. masukkan cornflakes dan gaul sebati
3. masukkan dalam loyang dan sejukkan dalam esbox.
4. dah sejuk, salut lah candy dgn coklat yg dicairkan ;)

nota kaki ;)
  • next time letak kekacang lg sedap kot. the more the merrier rite? ;)
  • kene guna milk choc laa rasenye sbb rase dark choc ngn candy ni cam tak bape nak best. ke guna cooking coklat?
  • kene kurangkan kemanisan sedikit agar tiada unsur2 penyebaran penyakit kencing manis! (tapi ceklat mmg manis pon kan?) ;p
  • coklat tu lenkali salut, tak payah nak dok tuang2. skali dia keras dah ke susah nak potong dok pecah2 hoho
...................Oke sekian sahaja pembelajaran anda utk hari ini ye adik2 ;p.......................

.: wassalam :.

Wednesday, 7 December 2011

ChocoLate Cheesecake ;)

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

dunia kelam kabut. walaupun macam agak hiperbola, tapi hakikatnya hidup sekarang memang sedang tunggang terbalik! ohhh sangat fail lah MANAGEMENT! lama rasanya tak post resepi. blog sebelum ni banyakss resepi. tapi problem ntah hape-hape, then perlulah ditutup saja blog itu ;) and now, nak share resepi chocolate cheesecake. tak habis lagi benda alah ni kat dalam bekas tuh dah dekat 3hari! wrong time betollah buat cheesecake time orang-orang kat rumah sedang DIET!   


sumber primer : kak jun (yummylicious)-xjumpe link kek ni ;(
sumber sekunder : asrar.huda

Lapis bawah :
120gm biskut digestive milk chocolate (hancurkan)
70gm butter (dicairkan)

Method ;)
Campurkan sebati dan tekan dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk. saya pakai loyang biasa sebab tak jumpe ummi letak mana loyang bukak tepi tu ;) 

Lapis atas :
250gm cream cheese
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (dihancurkan)
150gm whipping cream
1 1/2 tbsp gelatin (saya guna 1 tbsp je)
80ml full cream milk (saya guna fresh milk)

Method ;)
1. campurkan gelatin dan susu, masak hingga cair. saya guna microwave je ;) ketepikan biar sejuk.
2. pukul cream cheese dan gula kastor hingga kembang. masukkan whipping cream dan biskut. pukul lagi.
3. masukkan campuran gelatin dan susu tadi ke dalam adunan cheese dan teruskan pukul ;p
4. tuang dalam loyang biskut yg kita sejukkan dlm esbox tadi.
5. simpan dalam esbox lebih kurang 2jam

Chocolate Mousse :
250gm whipping cream
1 tbsp vanilla essence
1 tbsp gelatin + 6 tbsp air panas (saya letak 1/2 tbsp je)
50gm serbuk koko + 80gm gula aising
1 tbsp nescafe + 1 1/2 tbsp air panas
susu pekat (kalau adunan pahit sangat)

Method ;)
1. masukkan semua bahan mousse dan pukul sampai kembang. kalau adunan pahit, tambah susu pekat sket jeee k.
2. tuang atas adunan cheese tadi dan sejukkan lagi 2jam dalam esbox

Chocolate Ganache :
35gm koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm cooking chocolate (saya guna dark chocolate compound je)
30gm mentega

Method ;)
masukkan semua bahan dalam periuk dan masak double boil hingga ganache pekat. sejukkan dulu sebelum dituang atas choc mousse yg dah keras. then masukkan semula dalam esbox utk sejukkan lagi k ;)

nota kaki utk renungan ;)
  • jangan guna koko murah timbang sakan tu haaa. rase segheten kat tekak bila makan. kasar-kasar
  • kalau nak sangat guna, ayak dulu k.
  • tunggu keras betul baru amek gambo !
*sila jangan lupe2 letak camera supaya gamba terhasil drp hp xseburuk ini*
rating tekak ummi dan adikss : 3.5/5 ;) 

Tuesday, 6 December 2011

GLAMOUR ke nama diSINGKATKAN?

.: Bismillahirrahmanirrahim :.


N.A.M.A. Alhamdulillah, abah dan ummi berikan nama yg cukup indah kepada saya. sungguh-sungguh indah. kata abah, hak anak yang pertama adalah memberikan nama yg baik kepadanya ;) hak-hak anak yg lain korang bolehlaa cari sendri k ;p

Nama Panjang Berbelit-belit
Bagaikan satu trend pada hari ini meletakkan nama anak panjang berjela dengan sebutan yang agak berbelit lidah nak menyebutnya. berbelit tak ngapa lagi. buatnye tergeliat tak boleh back to normal lidah tu tak ke naya je. ;p tak salah nak letak nama anak panjang-panjang, letaklah sampai habis kotak kat borang JPN tu, tak da sapa nak marah deeeeer. Yang penting nama tu ada makna, bukan setakat ada makna, tapi ada makna yg baik. tapi, kalau berbelit sangat, tak susah ke tok nenek kite nak nyebutnye? lidah orang tua ni xsama macam lidah kita. dok bagi nama rafflixia, kompom2 tok panggil sia which in sarawak, sia is mean sana/situ. waaahaha. kalo raquielle nour rizque, tak da koje maktok nak panggil berjele tu. last-last dia dok panggil rak je. tak ke best anak kamu dipanggil rak! haaaa. jangan kate teman tak kabo deyh. orang tua bukan lidah barat macam kita. except for those from keluarga kaya tok nek blaja obersea jelaaa boleh sebut. tu pon dah tiba zone ketuaan melampau, dia tetap susah nak sebut belit-belit.

Dahlah Berbelit, Tak Da Makna Pula
Kat sini ada tiga situasi. Satu, nama simple, tapi takda makna. Kedua, nama complicated, tapi bermakna.  dan yang paling sadiss dahlah berbelit-belit, tak da makna pulak (yg ketiga). haaa. tang mana tu nama anak uoll? kebanyakan selebriti sekarang nama anak bagai tak nak kalah, nama nak berjele panjang, dah sebut susah makna tak tahu hapa. haih laaa. yg bukan artis doklaa terkedek2 nak ngekor gaya mereka. katanya style. ouh, eh ke saya yg tak uptodate? heheh! tarak kesah laa. apepun, yang terbaekkk nama simple yang bermakna. tapi tak la bermaksud tak boleh letak nama berbelit yg bermakna. contoh nama anak kak FS, Haura' Maqsurah yang bermaksud Bidadari yang Terpelihara. for me, nama anak kak FS ni agak susah nak sebut sebab saya dok try test atok saya sebut dan sememangnya agak fail lah. heheheh. tapi bila tulis dlm jawi, lancar bebenor la plak dia nak nyebutnya ;p unik kan? 

Nama Panggilan yang Tak Bermakna
oke, diz one saya rasa ramai yg bakal shoot saya lepas ni ;) takpelah, saya bercakap dr pandang sisi saya. kadang-kadang saya cukup marah bila mak ayah bagi nama sedap-sedap elok-elok, dipanggil pelek-pelek. shahirah dipanggil sherry, salmah kau panggil sally. kalau saya jadi mak ayah mereka, cukup sedih! tapi yalah, saya bukan mak ayah dorang pon kan ;) tapi kadang-kadang, mak ayah sendiri yang memanggil anak-anak dengan panggilan singkatan yg pelek2. cukup indah nama anak diberi SYAHMINA, dipanggil syasya, SYAMIM dipanggil mimim. yang paling sadiss nama yg langsung xda erti like baby, gegurl. allahu allah.... betul, kadang-kadang nama tu nama manja anak-anak. tapi apa erti penat lelah mencari nama yg terbaik utk anak, at last terperuk dlm mykid dan atas kertas surat beranak tu je? nama diberi utk kita panggil bukan pameran kat kertas yg bila2 boleh hilang dan terbakar. Rasulullah juga memberi nama panggilan manja buat isteri baginda 'Aisyah dgn panggilan Humaira' yg bermaksud yg kemerah-merahan. cukup indah bukan? bila dibandingkan dgn panggilan caca, cici, cucu, coco, baby, gegurl, hado makne ke? panggillah anak-anak dengan panggilan yg baik, yg bermakna. kita beri nama yg elok sebab nak anak kita jadi seperti makna nama dia kan? so, motif panggil pelek2 tu? dats y laa saya beri nama huda kat adik saya sebab saya sungguh2 tak suka orang panggil nama tersingkat2. syahmina huda. syahmina : kecerdikan kami. huda : petunjuk. tp kami panggil huda dan dia membahasakan diri dia huda juga ;) ade juga orang panggil dia syahmina dan dia cukup2 marah kalau orang panggil nama dia salah dan xsempurna! sebab kakak dia dok ajar jangan panggil nama orang pelek2 sebab mak ayah dia bagi nama cantik2 ;) skali hamekkk kao, kalo tanya nama kawan dia, dia bagitaw skali nama bapak haha. semoga kamu jadi anak solehah yg cerdik dan membahagiakan ummi abah serta selalu dipandu Allah ke jalan-Nya, adikku ;p



R.E.M.I.N.D.E.R ;) 


berilah anak nama yang baik dan panggillah dia dengan panggilan yg baik dan bermakna. moga anak tu bila besar jadi seperti namanya. tapi, kalo didikan pon berlebih kurang bagai nak tak nak je, bagi nama sekepuk punye bermakna pon tarak gunaaa juga ;)

Sunday, 4 December 2011

jOm PUASA SUNAT ASYURA!

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

just drop by to say this ;)


esok 5 dan 6 Disember 2011 bersamaan 9 dan 10 Muharram. so guys, jom puasa sunat ;p dapat pahala pun dapat dapat rehatkan perut pun dapat. secara tak langsung kurus pun boleh dapat, insyaAllah...dgn syarat time buke pose janganlah korang melantak xhengat!

pose men taram tak taw sebab pon xbest jugak kan. bile taw, feel lebih sket la time pose tu. so, mai kite selak2 kembali SEJARAH HARI ASYURA.

sumber : JAKIM



Hadith: 
Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga".

Huraian Hadith: 
Hari 'Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah saw. telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari terseut kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri di samping kelebihan bulan Muharram itu sendiri. 10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama sepertimana yang dicatatkan oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub ialah bahawa pada tarikh tersebut:
(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.


(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamatnya Musa dan pengikutnya.
(9) Lemasnya Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa ke langit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit ke bumi.

oke now, kite selak puLa FADHILAT PUASA ASYURA ;)

sumber : JAKIM



Hadith: 
Dari Abu Qatadah al-Anshari r.a. katanya:Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapuskan dosa tahun yang lalu".

Huraian Hadith: 
Allah memberikan kita nikmat yang tidak terbilang banyaknya. Hal ini termasuklah peluang-peluang melakukan amal ibadat yang diganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda berbanding dengan amalan-amalan yang dilakukan pada waktu-waktu biasa. Contohnya Allah memuliakan bulan Muharram dan menggalakkan kita berpuasa sunat. Peluang ini mungkin dipandang remeh bagi orang yang tidak mengetahui akan kelebihan yang ada padanya tetapi hakikatnya itulah nilai yang menentukan sejauh manakah kepekaan seseorang Muslim itu dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan cara yang terbaik iaitu ia tidak mensia-siakan nikmat sihat dan kelapangan waktu yang dikurniakan padanya kerana apabila seseorang itu sudah ditimpa sakit ataupun sibuk barulah mereka terasa akan kekurangan diri dalam mempersiapkan bekalan di hari akhirat kelak. Oleh itu marilah kita bersama-sama menyahut seruan Rasulullah ini mudah-mudahan ketaqwaan kita kepada Allah SWT semakin meningkat.

mohla kita --------------------<@



Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)
نويت صوم عشر سنة لله تعالى
NAWAITU SAUMA ‘ASYURA LILLAHI TA’ALA
Ertinya: “Sahaja aku puasa hari ’Asyura , sunnah kerana Allah ta’ala.”