Followers

Tuesday, 13 December 2011

masakan bernama "AYAM BBQ MADU" kot ;p


heheh. tajuk tu dah nampak beno kamu tak berkeyakinan asrar ;p bile nak kene masak utk lunch je, kompom-kompom otak macam kene serangan bom blurr yg melampau! hari-hari kalo tanya adik-adik nak makan ape, pastinya jawapan yg sama, AYAM. aishlaaaa. disebabkan dah tak tahu nak masak ape, then termasaklah ini ;p resepi asal daripada kak dayangjack yg saya jumpa di MyR tapi diolah dan dicaca marbakan oleh saya yg kureng kreativiti dan sememangnya tangan kejungss ;p


sumber primer : kak dayangjack
sumber sekunder : asrarhuda

bahan-bahan :

-ayam ( saya guna 4 ketui besau2)
-sos BBQ (dlm 4sb)
-madu (dlm 2sb)
-1/2 biji perahan lemon
-serbuk lada hitam (1 sb)
-garam
-minyak

cara :
1. ayam korang kelar2 siket jgn laaa smpai terburai habeh plak
2. ayam digaul bersama bhn2 kat atas tu dan perapkan semalaman. lagi sedap. kalo rase2 nak makan time tu jgk, peraplaaa utk 2 jam. haha. xjugak korg dpt makan time tu kan ;p
3. bakar 200 C utk 20 min. kuakan, sapu baki bahan perap tadi kt ayam kemudian bakar lagi utk 20 min.
4. korang nak panggang boleh, goreng pon boleh. sila2.


kan kan, i dah kate dah resepi ni habeh dicaca marbakan ;p
kepada sahabat yg nun jauh di perantauan yg request resepi mudah,ringkas,cepat lazat, ni hadaplaaa korang resepi ni ye. jangan sampai terbakoo dapor korang sudeyy k ;p

kenape ayat haku semakin lama semakin skema hoO!

R.E.MI.N.D.E.R ;)
"tidak sempurna iman jika kau tidur dalam kekenyangan, sedang jiran tetangga mu menangis kerana kelaparan"

2 orang bermuhasabah:

Unknown said...

sos BBQ tu yang macam mana kak??

asrar.huda said...

em....yg akk guna jenama LIFE. byk jenama. dia tulis BBQ sauce / sos barbeku. kt kedai banyak jual ;p