Followers

Wednesday 7 December 2011

ChocoLate Cheesecake ;)

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

dunia kelam kabut. walaupun macam agak hiperbola, tapi hakikatnya hidup sekarang memang sedang tunggang terbalik! ohhh sangat fail lah MANAGEMENT! lama rasanya tak post resepi. blog sebelum ni banyakss resepi. tapi problem ntah hape-hape, then perlulah ditutup saja blog itu ;) and now, nak share resepi chocolate cheesecake. tak habis lagi benda alah ni kat dalam bekas tuh dah dekat 3hari! wrong time betollah buat cheesecake time orang-orang kat rumah sedang DIET!   


sumber primer : kak jun (yummylicious)-xjumpe link kek ni ;(
sumber sekunder : asrar.huda

Lapis bawah :
120gm biskut digestive milk chocolate (hancurkan)
70gm butter (dicairkan)

Method ;)
Campurkan sebati dan tekan dalam loyang dan simpan dalam peti sejuk. saya pakai loyang biasa sebab tak jumpe ummi letak mana loyang bukak tepi tu ;) 

Lapis atas :
250gm cream cheese
120gm gula kastor
2 keping biskut tiger (dihancurkan)
150gm whipping cream
1 1/2 tbsp gelatin (saya guna 1 tbsp je)
80ml full cream milk (saya guna fresh milk)

Method ;)
1. campurkan gelatin dan susu, masak hingga cair. saya guna microwave je ;) ketepikan biar sejuk.
2. pukul cream cheese dan gula kastor hingga kembang. masukkan whipping cream dan biskut. pukul lagi.
3. masukkan campuran gelatin dan susu tadi ke dalam adunan cheese dan teruskan pukul ;p
4. tuang dalam loyang biskut yg kita sejukkan dlm esbox tadi.
5. simpan dalam esbox lebih kurang 2jam

Chocolate Mousse :
250gm whipping cream
1 tbsp vanilla essence
1 tbsp gelatin + 6 tbsp air panas (saya letak 1/2 tbsp je)
50gm serbuk koko + 80gm gula aising
1 tbsp nescafe + 1 1/2 tbsp air panas
susu pekat (kalau adunan pahit sangat)

Method ;)
1. masukkan semua bahan mousse dan pukul sampai kembang. kalau adunan pahit, tambah susu pekat sket jeee k.
2. tuang atas adunan cheese tadi dan sejukkan lagi 2jam dalam esbox

Chocolate Ganache :
35gm koko
50gm gula kastor
150gm whipping cream
80gm cooking chocolate (saya guna dark chocolate compound je)
30gm mentega

Method ;)
masukkan semua bahan dalam periuk dan masak double boil hingga ganache pekat. sejukkan dulu sebelum dituang atas choc mousse yg dah keras. then masukkan semula dalam esbox utk sejukkan lagi k ;)

nota kaki utk renungan ;)
  • jangan guna koko murah timbang sakan tu haaa. rase segheten kat tekak bila makan. kasar-kasar
  • kalau nak sangat guna, ayak dulu k.
  • tunggu keras betul baru amek gambo !
*sila jangan lupe2 letak camera supaya gamba terhasil drp hp xseburuk ini*
rating tekak ummi dan adikss : 3.5/5 ;) 

2 orang bermuhasabah:

Ana said...

kmu mmg rajin..! tumbs up! XD

asrar.huda said...

ni bukan rajin. ni namenye xda keje hg tw dak ;p