Followers

Monday 13 February 2012

Ouch ! it's not Rainbow Cake, it's Red Valvet Cupcake ;)

hampunnnn cheQ eza, tak muncul pula resepi Rainbow Cake, keluar pula resepi Red Valvet Cupcake uhuh. takpe, u try ni first k ;)




RVC ni saya buat utk Huda, si kecikcerdikbanyakcakap untuk dia bawa gi tadika sempena sambutan Maulidurrasul. ummi kate jgn letak topping banyak-banyak, budak-budak tak suka. haaa, sebab tulah topping tu ceciput je den lotak eyh ;) siyeslah semangat huda bangun pagi-pagi tak sabar nak gi sekolah sebab dia nak tunjuk cupcake kakak dia buat kat kawan-kawan. hape tak kembang semangkusss i kan ;) 


ni second try utk RVC. the first one macam tak bape nak best sgt. then, saya cuba plak resepi ni. hurm, boleh tahan ! siyes, kalo orang tanya saya macam mana rasa cake/cupcake, saya memang tak gheti nak kabo. sebab saya bukanlah penggemar tegar kek. saya hanya penggemar tegar cheese cake sahaja ! haha. so, kek-kek yg lain tekak saya rasa same je sume ;) so, sape yg selalu jadi tastebud saya ? for surelah huda dan my mom sebab tekak dorang je yg jujur dan boleh pakai dlm rumah ni hahahahaha. tekak adiksss lelaki dan abah memang langsung tak membantulah sebab dorang pon same je cam saya ;p 


oke, jom tengok red valvet cupcake saya ;)



sumber primer : joyofbaking
sumber sekunder : asrarhuda

perhatian : ini saya susun ikut cara saya buat ya ;)

Bahan A : buttermilk
1 cup (240gm) susu segar
1 sb cuka makan / lemon
1 sb pewarna merah
-----<@ guna 120ml shj


cara A : campurkan susu segar dan cuka / lemon, biarkan lebih kurang 10min. masukkan pewarna merah dan kocak-kocak mereka ;)
*benda alah buttermilk ni kalo korang ada, takpayah lah susah2 nak godek2 susu ngan cuka tu haaa. saya ni kedekuit manenye nk beli ;)

Bahan  B :
125gm tepung kek (superfine buleh juga meyh)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam
10gm serbuk koko


Cara B : satukan semuanya dan ayak


Bahan C : 
60gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur (saya guna B size)
1/2 sk esen vanilla


Cara C :
1. pukul mentega sampai lebut tak berketul lebih kurang 1-2 minit.
2. masukkan gula, pukul lagi sampai sebati dan kembang sedikit lebih kurang 2-3 minit
3. masukkan telur, dan pukul sebati.
4. masukkan esen vanilla dan pukul rata sampai sebati.


Bahan D :
1/2 sk cuka makan
1/2 sk soda bikarbonat


Cara D : campurkan  kedua-duanya. benda alah ni lepas campur kene masuk cepat2 dlm adunan taw ;)


KAEDAH PEMBUATAN UTAMA :
1. dah habis pukul sume bahan C, slow down mixer tu.
2. masukkan bahan B (tepung) berselang seli dgn A(buttermilk). mulakan dgn bahan B (tepung) dan akhiri juga dgn bahan B (tepung). tahu ? pandaiii ;)
3. masukkan bahan D lekas-lekas dan putar sebati.
4. bakar pada suhu 175 C utk 15-23 min. saya gi bakar 21 min ;)
5. bagi dia rehat dan sejuk betul2 baru letak topping


la ni kite buat topping dia pula which we call it as Cream Cheese Frosting ;)


Bahan :
230 cream cheese
1/2 sk esen vanilla
60gm gula aising (saya guna 50gm shj)
150ml whipping cream


Cara :
1. putar cream cheese sampai kembang
2. masukkan esen vanilla dan gula aising pukul kembang dan sebati
3. masukkan whipping cream, sebatikan dia.


*kalau rasa lembek sangat, masukkan dlm petiais dulu utk memudahkan proses mendeko. oke then, pi hias k ;)


happy trying ;) sebelum tu, jangan lupa mulakan dgn basmalah dan lazimi zikir dan selawat ketika dlm proses pembuatan cupcake ni ya. insyaAllah, hasilnya pasti hebat, lazat disukai ramai hihihi




R.E.M.I.N.D.E.R :)
masaklah dari hati yg ikhlas dan adunlah dengan penuh kasih sayang. insyaAllah, yg memakannya juga akan dapat merasai keikhlasan dan kasih sayang anda. mereka akan rasa masakan anda sedap dan luarbiasa walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu yg biasa !

2 orang bermuhasabah:

Unknown said...

Huahua.Hee.. Cek akak wat cupcake dulu ehh? Dah la saya ni tak penah experience masak cupcake. Jeles la ngan org tauu buat mcm2 jenis kek nih... T_T

asrar.huda said...

@Eza Boom Boom haha bnda ni yg mudahnye bdk2 nk ngap. takpe, practice2. practice makes better meyh ;p