Followers

Tuesday 6 December 2011

GLAMOUR ke nama diSINGKATKAN?

.: Bismillahirrahmanirrahim :.


N.A.M.A. Alhamdulillah, abah dan ummi berikan nama yg cukup indah kepada saya. sungguh-sungguh indah. kata abah, hak anak yang pertama adalah memberikan nama yg baik kepadanya ;) hak-hak anak yg lain korang bolehlaa cari sendri k ;p

Nama Panjang Berbelit-belit
Bagaikan satu trend pada hari ini meletakkan nama anak panjang berjela dengan sebutan yang agak berbelit lidah nak menyebutnya. berbelit tak ngapa lagi. buatnye tergeliat tak boleh back to normal lidah tu tak ke naya je. ;p tak salah nak letak nama anak panjang-panjang, letaklah sampai habis kotak kat borang JPN tu, tak da sapa nak marah deeeeer. Yang penting nama tu ada makna, bukan setakat ada makna, tapi ada makna yg baik. tapi, kalau berbelit sangat, tak susah ke tok nenek kite nak nyebutnye? lidah orang tua ni xsama macam lidah kita. dok bagi nama rafflixia, kompom2 tok panggil sia which in sarawak, sia is mean sana/situ. waaahaha. kalo raquielle nour rizque, tak da koje maktok nak panggil berjele tu. last-last dia dok panggil rak je. tak ke best anak kamu dipanggil rak! haaaa. jangan kate teman tak kabo deyh. orang tua bukan lidah barat macam kita. except for those from keluarga kaya tok nek blaja obersea jelaaa boleh sebut. tu pon dah tiba zone ketuaan melampau, dia tetap susah nak sebut belit-belit.

Dahlah Berbelit, Tak Da Makna Pula
Kat sini ada tiga situasi. Satu, nama simple, tapi takda makna. Kedua, nama complicated, tapi bermakna.  dan yang paling sadiss dahlah berbelit-belit, tak da makna pulak (yg ketiga). haaa. tang mana tu nama anak uoll? kebanyakan selebriti sekarang nama anak bagai tak nak kalah, nama nak berjele panjang, dah sebut susah makna tak tahu hapa. haih laaa. yg bukan artis doklaa terkedek2 nak ngekor gaya mereka. katanya style. ouh, eh ke saya yg tak uptodate? heheh! tarak kesah laa. apepun, yang terbaekkk nama simple yang bermakna. tapi tak la bermaksud tak boleh letak nama berbelit yg bermakna. contoh nama anak kak FS, Haura' Maqsurah yang bermaksud Bidadari yang Terpelihara. for me, nama anak kak FS ni agak susah nak sebut sebab saya dok try test atok saya sebut dan sememangnya agak fail lah. heheheh. tapi bila tulis dlm jawi, lancar bebenor la plak dia nak nyebutnya ;p unik kan? 

Nama Panggilan yang Tak Bermakna
oke, diz one saya rasa ramai yg bakal shoot saya lepas ni ;) takpelah, saya bercakap dr pandang sisi saya. kadang-kadang saya cukup marah bila mak ayah bagi nama sedap-sedap elok-elok, dipanggil pelek-pelek. shahirah dipanggil sherry, salmah kau panggil sally. kalau saya jadi mak ayah mereka, cukup sedih! tapi yalah, saya bukan mak ayah dorang pon kan ;) tapi kadang-kadang, mak ayah sendiri yang memanggil anak-anak dengan panggilan singkatan yg pelek2. cukup indah nama anak diberi SYAHMINA, dipanggil syasya, SYAMIM dipanggil mimim. yang paling sadiss nama yg langsung xda erti like baby, gegurl. allahu allah.... betul, kadang-kadang nama tu nama manja anak-anak. tapi apa erti penat lelah mencari nama yg terbaik utk anak, at last terperuk dlm mykid dan atas kertas surat beranak tu je? nama diberi utk kita panggil bukan pameran kat kertas yg bila2 boleh hilang dan terbakar. Rasulullah juga memberi nama panggilan manja buat isteri baginda 'Aisyah dgn panggilan Humaira' yg bermaksud yg kemerah-merahan. cukup indah bukan? bila dibandingkan dgn panggilan caca, cici, cucu, coco, baby, gegurl, hado makne ke? panggillah anak-anak dengan panggilan yg baik, yg bermakna. kita beri nama yg elok sebab nak anak kita jadi seperti makna nama dia kan? so, motif panggil pelek2 tu? dats y laa saya beri nama huda kat adik saya sebab saya sungguh2 tak suka orang panggil nama tersingkat2. syahmina huda. syahmina : kecerdikan kami. huda : petunjuk. tp kami panggil huda dan dia membahasakan diri dia huda juga ;) ade juga orang panggil dia syahmina dan dia cukup2 marah kalau orang panggil nama dia salah dan xsempurna! sebab kakak dia dok ajar jangan panggil nama orang pelek2 sebab mak ayah dia bagi nama cantik2 ;) skali hamekkk kao, kalo tanya nama kawan dia, dia bagitaw skali nama bapak haha. semoga kamu jadi anak solehah yg cerdik dan membahagiakan ummi abah serta selalu dipandu Allah ke jalan-Nya, adikku ;p



R.E.M.I.N.D.E.R ;) 


berilah anak nama yang baik dan panggillah dia dengan panggilan yg baik dan bermakna. moga anak tu bila besar jadi seperti namanya. tapi, kalo didikan pon berlebih kurang bagai nak tak nak je, bagi nama sekepuk punye bermakna pon tarak gunaaa juga ;)

2 orang bermuhasabah:

naeimah ramli said...

jom kawin pastu bg nama anak2 yang terbaik.. haziq gatal!!;p kidding ;)) miss ur moist choc cake..wah3...

asrar.huda said...

hoh? konpius sebentar. bile haku gatal ni? hahaha. oh oh miss my choc moist or u miss me? awwww, terharu u! ;p