Followers

Thursday 29 December 2011

kahwin awal. disebalik kata TAK BOLEH mak ayah.

saya tahu saya belum berumah, bertangga apatah lagi kan, jadi pastinya macam tak berapa nak sesuai bercakap soal ni. eah? tapi, tak bermakna saya hanya perlu berdiam senyum tak perlu kata apa-apa. kan? terpanggil untuk berkongsi bila terbaca perkongsian sahabat. dari situ, terlintas utk mencatat sesuatu yg terlintas tentang perkahwinan awal ni. cikasrar dah nak kahwin ke? erk. sila KIV dulu ;)

bukan mudah sebenarnya berkahwin awal. siyes. kalau senang benoo, memang saya kahwin dah ;) jadi, mereka-mereka, adik-adik, sahabat-sahabat yg kahwin awal, tahniah! anda berjaya menyebabkan syaitan menangis tersedu-sedan. oish mesti huduh ghupe mreka nih menangis ;0. yg masih berCOUPLE dan belum berkahwin, BAGAIMANA? mahu terus membiarkan syaitan terus bertepuk tangan  menang dan kita KALAH?

"saya nak kahwin laa kakak, tapi mak abah saya yg tak bagi". saya selalu diberi feedback sebegini bila saya mengusulkan nikah kpd mana-mana sahabat. hurm. kenapa rasanya MAK ABAH TAK BAGI KAHWIN awal ya?


1. kakak, kamu masak pun tak pandai, macam mana nak bagi laki makan?
tersirat : kakak, kamu dua-dua masih belajar. abah tahu, di sebaliknya, antara sebab lain dia kahwin sebab nak jimatkan siket belanja makan di luar. abah takut kakak tak memenuhi expectation dia... abah takut dia kecewa dan abah lagi takut kakak terluka......

2. kak long, kamu tu pemalas, hapenye berangan nak kahwin. tak terurus rumah tu nanti.
tersirat : kak long, lelaki ambil kamu jadi isteri dgn harapan ada seseorang yg dapat membantu menguruskan hidupnya yg sibuk dan menjaganya spt mana ibunya menjaganya. sbb sifat kebanyakan lelaki itu, tunggang-langgang bila sibuk ;) ibu takut dia tak tahan dengan perangai pemalas kak long spt mana ibu dan abah tahan.....

3. angah, kamu tu nak dengar cakap kamu je, keras kepala. tak tahan laki kamu dengan kamu nanti.
tersirat : abah seorang lelaki, dan lelaki ada egonya sendiri. tiada lelaki yg suka diarah, diatur hidup mengikut aturan dan kata isterinya. pasti tercabar jika suara isteri melengking melebihi suami. abah takut suami angah tak tahan dengan perangai kepala batu angah seperti mana abah bertahan dgn sikap angah......

4. adik, kamu tu baju pun mak yg basuhkan, macam mana nak jaga laki?
tersirat : adik, kamu terlalu manja, dah biasa senang, ibu takut adik tak sanggup bersusah. ibu takut adik tak dapat bertahan. dan ibu lagi takut kalau suami adik tinggalkan adik sebab tak tahan dengan perangai 'nak senang' adik tu, seperti mana kami mampu bertahan.......

5. kakak, sapa nak tolong tengok-tengokkan adik-adik nanti kalau kamu dah kahwin
tersirat : kakak, ibu takut kakak jauh daripada adik-adik bila kakak dah bersuami. sebab, tanggungjawab kakak dah berubah, kakak perlu lebihkan perhatian kpd suami dlm apa jua perkara....ibu tak sanggup lihat adik-adik hilang perhatian kakak.....

6. nanti-nantilah...bagilah mak abah merasa duit kamu dulu
tersirat : kakak, bukan mak abah nak duit kakak. kami nak perhatian kakak sebenarnya. mak takut kehilangan perhatian anak mak bila anak mak dah kahwin. sebab perhatian kakak perlu lebih kpd suami....

7. nanti ape jiran-jiran kata kamu nak kahwin awal... mereka ingat ade benda tak elok plak nanti
tersirat : ni sekadar alasan mak abah yg kami reka je kakak. sungguh, kami tak kisah dengan cakap-cakap orang, sebab kami kenal kakak, dan kami percayakan kakak....yg sebenarnya, kami takut kehilangan kakak.......

8. kamu muda lagi. banyak lagi peluang kamu utk kamu kenal dan jumpa lelaki/perempuan yg lebih baik.
tersirat : kakak, lelaki tu tak baik utk kakak. abah tahu kakak. sebab abah juga lelaki. dan abah nak yg terbaik utk anak abah. sebab abah nak seseorang yg baik menjaga kakak saat penjagaan abah tak sampai kpd kakak........

9. belajar dulu, jangan nak gatal kahwin. study pon mak abah support, nak kahwin kunun.
tersirat : kakak, mak abah takut bila dah kahwin kakak tak cukup duit nak makan, nak belanja sebab dua-dua masih belajar. dah tu dua-dua pakai pinjaman yg tak seberapa... mak abah tak cukup duit nak bagi kamu berdua wang saraan. adik-adik ramai lagi masih sekolah..... mak abah minta maaf kakak.....bukan mak abah saja-saja tak bagi....

10. abah bukan tak bagi, tapi kamu berdua masih belum betul-betul matang, macam mana nak mengemudi rumah tangga
tersirat : kakak, abah baru tak bagi kakak kahwin, kakak dah melenting. macam mana kakak nak abah percaya kakak tak melenting bila suami marah atau tegur kakak? abah takut kalian bertegang urat hanya kerana perkara kecil. kakak, abah tak sanggup lihat airmata kakak.....

11. kakak, abah dan mak bukan tak bagi, tapi kami tak nak kakak susah nak bahagi masa keluarga dan pelajaran.
tersirat : kakak, mak abah tahu kakak berhempas pulas belajar siang malam, tapi result kakak macam tu jugak. mak abah takut kakak lagi penat bila dah kahwin, sebab tugas isteri itu berat kakak....mak abah tak sanggup tengok kakak lesu kepenatan......


lihat sahabat-sahabat. inilah realitinya. mereka beralasan di bibir, hakikatnya, mereka tak nak anak mereka jauh daripada mereka. mereka tatang kita dari kecil, asuh kita, lihat kita membesar, susah, sungguh payah mereka nak melepaskan kita. dan kita, masih dengan pendirian utk berkahwin, melenting bila tak diberi. tersentap tak hati mak abah kita dgn sikap kita? di sebaliknya, mereka faham kita lebih drp boyfriend kita faham kita. mereka takut pasangan kita tak mampu menerima kita seperti mana mereka menerima kita dan perangai kita..... 


ummi saya selalu kata, remaja sekarang tak macam remaja dulu. remaja dulu, awal-awal remaja dah dibebankan dgn tanggungjawab, jadi mereka cepat matang. remaja sekarang semua mudah. itulah antara sebab mak abah takut melepaskan kita berkahwin. sebab mereka tak percaya pada kita. jika kita terus-terusan malas, duk harap mak abah je semua, macam mana mak abah nak percaya yg anak dara dia dah besar, dah matang dah boleh jadi isteri orang? sebab dia masih nampak anak dara dia yg berusia 10 tahun, yg masih mengharapkan mak abah dalam semua perkara....


benar, kita mahu mengelakkan maksiat. hati dah suka kan, sukar nak mengelak. kita cuba menjaga hati. tapi dalam pada tu kita tak sedar kita terlukakan hati mak abah kita dgn kata-kata keras mempertahankan pendirian kita....belajarlah utk memahami ibu bapa agar mudah utk kita melembutkan hati mereka. bila hati mereka lembut, insyaAllah, mudah utk kita dapatkan kepercayaan mereka membenarkan perkahwinan awal kita ;)


R.E.M.I.N.D.E.R ;) ilmu itu cahaya dan cahaya tak masuk pada hati-hati yang berbuat maksiat ;p

9 orang bermuhasabah:

teacherbebel said...

timekasih kak..now i realise deeper..eventhough i have the same perception with most of the tersirat tuh but i still degil nak mampus...hehe..adeehhh....especially num2 and num9..

asrar.huda said...

teacherbebel : u're most welcome sahabat ;) itu biasa. most of us undertand it very well, but lebih suka buat-buat tak tahu hehe. semoga dipermudahkan ya ;)

Unknown said...

Eza dah insaf dah cik akak. alhamdulillah.. Tak nak kapel-kapel lagi daah.. Nak fikir hal kawen lepas habes degree la. InsyaALLAH. Thanks for awesome entry!! love it :D

asrar.huda said...

eza. hehe. insyaAllah dik. semoga dipermudahkan urusannya dan dikuatkan hatinya. thanks ;p

Ana said...

=) tunggu nc minyak kmu je..

asrar.huda said...

ana ;) tungguuuuuuuuu hehe. kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. eceh~ hehe

Unknown said...

Suke entry ni
mk sy xbg kawen sbb sy skit

asrar.huda said...

iffah afeefah : betapa sygnya mak kamu kt kamu kan.....? dia faham kamu lebih dr org lain. ;)

SyahiirahHasan said...

@teacherbebel

:)