semalam 22 disember. kalau kau ade lagi, umur kau 21 tahun. aku rindu nak buat prank call kat kau. aku suka tengok kau marah dalam tawa. sebab kau nampak lucu. tiap-tiap tahun kitorang call kau bila tiba besday kau. bila kau dah takda, aku tetap call nombor kau walaupun dah takda sapa angkat marah-marah aku lagi.
22 disember 2011, tarikh sama result PMR keluar. kau tahu, adik kau, udin, dia dapat straight A. dia sama macam kau. dia pandai macam kau. dia aktif macam kau. tiap kali aku tengok dia, aku rasa aku tengok kau. dia berubah jadi betul-betul macam kau. dulu kau selalu suarakan kerisauan kau tentang adik-adik kau. kau takut kalau dorang terus-terusan susahkan hati mak kau, kau risau kalau dorang tak berjaya. tapi, kau berjaya didik adik-adik kau, pis.
kau kata aku keras hati kan? sampai kau hadiahkan se-tong air zam-zam waktu kau balik dari umrah kononnya nak suruh hati aku lembut sikit. tapi keras-keras hati aku, aku meraung waktu kau pergi. kau selalu kata aku kuat, aku tabah, tapi setabah-tabah aku, aku pengsan waktu atok kata kau dah takda. kau selalu tak bagi aku pergi kubur sebab kau kata aku lemah semangat. tapi lemah semangat aku terubat bila kau pergi. lama aku duduk kat pusara kau.
sebelum kau pergi, kau tak sabar nak jumpa aku kan. hari-hari kau datang rumah atok tanya bila aku nak sampai. hari rabu kau call aku tanya bila nak balik. suara kau happy sangat borak ngan aku macam baru first time kau cakap dengan aku. aku tak tahu, panggilan tu panggilan terakhir dari kau. kalau aku tahu, aku cakap dengan kau lama-lama.
kau suruh aku bantu kau dapatkan borang untuk mohon biasiswa. sebab kau taknak susahkan mak ayah kau dan atok bila kau dapat sambung degree nanti. aku dah printkan borang tu siap-siap jumaat pagi tu sebab aku nak balik petang tu. aku tak sabar sangat-sangat nak balik kampung. tapi, kau tahu, 10.30 pagi, atok call bagitaw kau dah takda. kau tahu tak, aku rasa dunia aku gelap. aku terkilan sebab tak dapat jumpa kau walaupun berkali-kali kau call suruh aku balik......
aku call mak aku cakap kau dah takda, mak aku tanya berkali-kali, abang apis mana? aku tak pernah tengok mak aku nangis pis, tapi hari tu mak aku meraung. kau tahulah kan, mak ngah kau kan gabra sket. ayah aku terdiam sungguh-sungguh. sepanjang perjalanan balik kampung aku tampar-tampar pipi aku utk sedarkan diri. sebab aku harap sangat semua ni mimpi. tolonglah, ini bukan kenyataannya. waktu tengok jenazah kau, aku pengsan lagi. rupa kau tak macam kau. aku masih anggap tu bukan kau. kau senyum je. aku berat hati sangat nak tengok kau pergi, tapi, aku tahu, ALLAH sayang kau sangat-sangat........
kau nak tahu, ramai sangat datang rumah kau. budak-budak sekolah maahad, samura, semua datang ziarah. ustaz kesayangan kau pun datang. dia ketuai solat jenazah kau juga. berkali solat jenazah. kawan-kawan baik kau semua ada. semua tengok aku, sebab rupa aku sadiss sangat kot. tapi, petang tu juga, kawan-kawan kau bagitaw keputusan upu kau, yg sepatutnya korang tengok sama-sama pagi kau meninggal tu. kau berjaya diterima ke UTM kos yang kau minat sangat, chemical engineering. aku tengok muka dorang sedih sangat. sebab korang plan nak masuk UTM sesama kan? korang nak sebilik macam kat samura kan? tapi kita hanya merancang, perancangan Allah lebih teliti....... isnin tu, mak long dapat dua surat. surat tawaran biasiswa untuk kau. semua yang kau risaukan, semua terjawab. mak long menangis waktu dia baca surat tawaran kau tu.
aku sedih tengok adik-adik kau. tiap-tiap hari naqib tunggu kau depan pintu untuk ambil dia bawa jalan. icam yg banyak cakap dah jadi pendiam. waktu puksu ambil dia kat sekolah, dia semangat bawa buku add math dan chemist sebab dia nak balik belajar dengan kau. tapi dia tak tahu, saudara meninggal yg puksu maksudkan itu sebenarnya engkau. dia cakap puksu tipu waktu puksu bagitaw yg meninggal tu kau. dia peluk baju kau. dia cium beg kau. sebulan dia tak bercakap dengan sesiapa. dia dendam dengan orang yang laggar kau. kau tahu, atok sadan yang kita selalu kata garang tu, yang selalu tonyoh kepala kita time ngaji tu, dia tak sanggup nak mandikan kau. semua hospital yg uruskan. tapi, atok yg ketuai solat jenazah kau. seminggu atok sidah demam lepas kau pergi. atok tukar warna motor dia sebab dia selalu teringatkan kau bila tengok motor tu. sebab, motor tu kan motor terakhir kau naik sebelum kau pergi. dengan motor tulah kau pergi......
lepas kau pergi, aku tak boleh makan durian sebab kereta yg langgar kau tu dia bawak durian. aku benci bau durian. aku elergic dengan sambal sotong sebab tu kan makanan kegemaran kau. aku nangis tiap kali orang hidang sambal sotong. macam orang tak waras orang tengok aku kan. tapi alhamdulillah, aku dah oke sekarang. ;)
lepas kau pergi, aku dah hilang seorang abang dan sahabat. dulu kau kata kau nak tengok aku kawin dulu kan, sebab kau nak pastikan aku tak salah memilih. kau takut aku menangis kan. kau takut aku sakit. tapi kau dah takda nak tolong pilih utk aku. tapi takpa, ayah aku ada ;)
kau selalu kutuk aku macam lelaki, lasak, ganas, tapi saat kau pergi, sungguh, aku tak lasak. aku duduk je tepi jenazah kau diam-diam dengan quran kat tangan. kau selalu suruh aku diam. kau suka tanya aku, tak penat ke bercakap je? kau kata mulut aku macam murai. tapi waktu kau pergi, aku diam. aku tak bercakap. air mata dah jadi suara aku. kau kutuk aku kata aku gemuk. tapi lepas kau pergi, berat badan aku turun mendadak sebab aku tak lalu makan.
waktu exam, kau call aku kan? sebab kau tahu sepupu kau ni stock-stock student yg tak pandai langsung nak handle stress. kau kata, kalau aku belajar kerana Allah, insyaAllah, Allah akan permudahkan semuanya. kau selalu tanya aku ada duit atau tak nak makan sebab kau tahu aku suka berdiet kononnye sampai gastric. pastu kene lepuksss ngan kau.
kau selalu pening kepala tengok aku malas belajar. sampai kau buat tusyen utk aku sorang je walaupun akhirnya kau sakit hati sebab aku tak tengok pon kau ajar sebab dok khusyuk tengok tv. tiap kali exam cepat-cepat kau tanya result aku. memang sah-sah jauh sangatlah result kau dgn aku. tapi tiap kali markah aku jatuh, bila mak aku tanya markah kau, kau akan cakap result kau pon jatuh. padahal jatuh-jatuh result kau pun A1 juga. kalau aku punya jatuh, gedebuk gedabak menjunam. kau suka selamatkan aku daripada kene marah dgn mak aku. bila mak ayah aku mengadu perangai aku kat kau, kau tetap sebelahkan aku. tapi lepas tu aku kene dengar ceramah kau la plak ;)
waktu kita gi genting ramai-ramai dengan atok sume, kau pilih utk duduk tepi aku waktu naik roller coster sebab kau kata kau sorang je boleh tahan dengar jeritan aku. sebab kau tahu aku menjerit kuat sangat kan bila aku takut. dari kecik kau dengar jeritan aku bila kita main hantu-hantu dengan puksu. tapi lepas tu kau tak bagi aku naik roller coster lagi dah sebab kau kata nanti kau boleh pekak.
waktu aku patah kaki, kau sibuk nak jaga aku, tapi waktu kau tak boleh jalan, aku tolong tengok je. waktu aku jatuh motor, cepat-cepat kau datang tolong, tapi waktu kau jatuh motor, aku tolong gelak kuat-kuat. bila atok marah aku, cepat-cepat kau sorokkan aku, tapi bila atok marah kau, aku buat-buat tak tahu je, siap boleh bla laju-laju lagi ;)
sebelum kau pergi, kau kata kat aku duit kau dah banyak kau kumpul nak beli motor supaya senang kau gi kuliah. kau taknak susahkan mak ayah kau. aku ingat lagi, kau nak beli 125z kan? tapi, kau tak sempat beli..... pastu kau kata, kalau kau dah kerja, kau nak hantar mak ayah kau gi haji. tapi, kau pergi dulu....
dulu kau mesti teman aku bila aku nak gi mana-mana naik bas. sebab kau tahu aku tak reti naik bas. kau pegang tangan adik aku dan suruh adik aku pegang aku, sebab kau tahu, aku tak pandai lintas jalan. kau selalu kutuk aku sebab benda-benda basic pon aku tak pandai. kau kata tak gunalah aku ni berdikari sangat kalau benda macam tu pon tak pandai buat.
zaman kampus, aku taw couple tu haram. aku bagitaw kau. kau terus putus. aku tak terangkan apa-apa lagi, tapi kau putus jugak. budak tu baik sangat kan, tapi kau lepaskan juga dia. bila aku tanya, kau kata, yg HARAM tetap HARAM. aku tahu kau sayang dia, tapi kau lepaskan sebab kau kata jalan korang salah. kau nak dia persiapkan diri jadi wanita solehah. kau kata jangan tunggu kau lagi. kalau jodoh korang, korang akan bertemu semula. tapi, mungkin bukan jodoh kalian di dunia ni.......... mana aku tahu? aku tahu sebab aku bersahabat dengan dia lepas kau pergi.. sungguh, dia wanita yg sungguh-sungguh baik dan dia sahabat yg sangat baik. kau tahu, 2 bulan lepas kau pergi, ayah dia pula pergi... mesti dia lagi sedih dari aku kan sebab dia teresak-esak call aku......tapi dia wanita yg kuat.
muhammad hafizuddin hasnee. mungkin aku bukanlah sahabat dan sepupu terbaik untuk kau, tapi kau sepupu dan sahabat terbaik yg pernah aku ada. walaupun kau dah takda, tapi semangat kau masih bersama kami. aku tahu aku perlu kuat sebab mak dan adik-adik kau perlukan aku. cuma, kadang-kadang memang aku kalah bila aku teringatkan kau. sebab takda telinga yg dapat aku pinjam utk dengar masalah aku, tiada orang yg aku nak kacau bila aku stress, tiada kata-kata teguran bila aku buat salah, tiada kata perangsang saat aku terlalu lemah.
terima kasih ya Allah atas kurnian sahabat sebaik dia, walaupun ianya hanya sementara, namun hadirnya cukup bermakna. semoga kau bahagia di sana sahabatku.
assalamualaikum ;)

11 orang bermuhasabah:
Menangis baca ni kak. huhu. :'(. sedih sangat..huhu. Semoga dia dalam ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amiin.
insyaAllah dik. semoga dia ditempatkan bersama-sama orang yg beriman. akk tulis ni pun akk menangis.akk ingat sangat kat dia. cuma, hidup perlu diteruskan kan ;)
='(
sue, kamu jgn bersedih mcm tu....
insyaALLAH, ada yang lebih baik buat dia di sana. Kita yang masih hidup ni kena teruskan hidup, kena terus berjuang dan jadi khalifah yang terbaik. Doakan untuk dia, moga bersama orang yang soleh dan beriman :)
salam ziarah dari Kaherah..
ukhti zida : allahu allah....benar. terima kasih mengingatkan ;)
ad cara sedih yg blainan ke..?
kiddin..XD
kuat kn smgt n teruskan pjuangan k..
if he still here with us..
dia pun xnk tgk kmu sedih2 mcm ni..=)
:'( haziq.. kuat tau.. Allah lebih sygkan dia. smoga dia dtmptkan diklngn org2 yg soleh.amin. sebak rase..
ana, hehe....hurm. yup.pastinya dia xnk tgk kamek sdih.tp, dh tersedih pn hehe
naeimah ramli , jgn sebak2, xcomel ;p
hehe haziq thanks ckp kmk comel ;) hihi
insyaalah hang kuat, kmk kuat deng..;)
naeimah ramli, masalahnya xckp hg comel ;) ye, smua kuat insyaAllah ;p
Post a Comment