saya suka memasak tak bererti saya pandai masak kan? masih lagi tahap amatur. masih saaaaangat banyak perlu belajar. duduk diam-diam, jeling-jeling jeles resepi kakak-kakak belog, ambil masa muhasabah sebentar, kenapa sebenarnya saya memasak?
1. sebab air tangan pengikat hati-hati
ini rasanya semua pon tahu kot kan. nenek-nenek selalu kata, nak ikat suami, ikat perutnya. eh, ikat perut ke tawan perut. dah macam pelek je bunyik ayat tuh siyap nak berikat-ikat. maw mati kejungss laki tu nanti. hish. haaa. camtu jugaklah kalo nak kukuhkan ikatan adik-beradik dan keluarga. saya suke pegang kata-kata ni "bila kita menyampaikan dari hati, insyaAllah yg menerima juga dari hati". memasak sama juga, bila kita memasak ikhlas dari hati, insyaAllah, akan effect si pemakan. ummi saya selalu kata, bila kita ikhlas masak utk keluarga, bila kita masak dgn penuh kasih sayang, hati-hati yg makan masakan kita tu, lebih tertaut dengan kita, lebih mudah dilembutkan dgn kata-kata kita. power jugak hoO air tangan nih. takpayah dah nak jumpe tokmoh menderem-menderem laki soh dok turut kata cam orang takwaras. haha. tutup kedailaaa tokmoh pehni ;p
jom ikat hati ;) |
2. sebab jimat. yess. JIMAT! eh, kedekut kot sebenarnya ;)
memasak sendiri itu jimat Oke. sungguh, saya seorang yg sangat kedekuitt. saya rasa sangat tak berbaloi makan askem tutti fruitty yg sungguhla cinonet punye isi dgn harga berbelas dan berpuluh ringgit. dan saya rasa saya sungguh tak patut membayar RM7.50 utk cheesecake SR yg cinonet tak hengat. dahlah tak cukup kalo nak kongsi kitorang 5 beradik. sadiss kan hihi. habaq dah saya kedekuit. duit tu kalo spend kat benda lain baguih dah tu. bagi belanja adik2 ke, g infak kat pembinaan masjid ke, madrasah ke, taja anak orang miskin belajar ke haaa baguih tu baguih. berjalan je pahala sampai bebile kan kan. saham kat akhirat tuh. tapi, kalo adik dok minta, oh, kakak besar ini akan surrender awallah! kalo tekak sendiri minta, hah kau jangan nak gedikss oke tekak! sebab tulaaa saya dok godek menggodeks resepi utk memenuhi selera besau adik-adik dan saya. saya bukan keje cop duet oke nak belanja dorang tiap2 hari. tapi adikss saya oke je, sumo ditelan. dapat makan banyakss lagi tuh ;) masak sendiri jimat kan hehe
mari berjimat. nanti tua2 boleh beli cincin RM24juta. opps! ^_^ |
3. sebab kebersihan dan kesihatan itu penting oke!
haaa. ummi saya selalu kata, makan kedai tak elok, banyak ajinomoto. dulu kecik-kecik ummi kata jangan makan ajinomoto nanti bodoh sampai ke tua. takut oke. pastu abah mulalah datang dengan cerita pasal kes-kes kematian mengejut. opismate dia la, anak opismate dia la, jiran dia la, tok dia la, makcik dia habeh sumo kua. banyak kes pompuan kene barah, dan macam-macam lagi penyakit yg tak dapat nak dicerna otak utk mengingat sekarang yg rata-ratanya berpunca daripada msg, perasa, air gas, makanan tin dan yg seangkatan dengannya. ajinomoto tu perasa laa kan? so, bahaya lah kan? hehe. kebersihan tu penting juga oke. makanan kat kedai tak tentu bersih lagi. kalo makan mee goreng depa, rase kapur dia tu sangat holiawww oke. eh, kapur kan? hehe. pernah jumpe ulat kat sayur? lipas dalam lauk ? penah tak penah tak? nak salahkan depa pon tak lah boleh sangat. dorang nak masak banyak, nak kene jaga banyak, tak dan lah kot kan nak perhati teliti2 sume tu satu persatu. so, yg tukang makan ni, pandai-pandai sendiri laaa nak berjaga ;p kalo masak sendiri, mesti kite teliti betul-betul bahan-bahannya kan supaya kita tak makan kailan ulat masin or nasi goreng cicak. dan benda paling PENTING, sila check tanda halal pada barang-barang yg anda beli ;)
4. sebab adik-adik saya perut besau selera double besau
sesungguhnya selera adik-adikku sungguh-sungguhlaaaa overr oke. sat minta lasagna, sat gi lapar steak, esok-esok soh masak nasi ayam penyet tulat-tulat request cheesecake. satu hari makan xpernah sekali. sat2 lapar, pastu buat ayat sadiss, "eh, takda makanan ke kat rumah kite?" memang kuangsam beno lah korang kan. nak tunjuk kakak korang pemalas la tuh! mungkin juga ade terberjangkit penyakit warisan ummi abah saya yg langsung tak boleh dengo orang kata lapar, nak makan itu, nak makan ini, mesti dorang usahakan utk sediakan. so, kak besar dah besar, takkan nak dok harap ummi abah juga yg sediakan kan kan kan. tak guna lah kau membesar godang kalo tak boleh diharap. kata sahabat saya, kalo tak boleh n taknak bantu mak ayah, sila muntahkan semula semua susu mak kau dan makanan makpak ko bagi tu sekarang. hihikss. kasau beno la bunyiknye deng.
budak kecik makan gini cute kalo bapak budak makan gelojoh gini maw kene lepukss |
5. sebab lebih 'terjaga'
salah satu sebab utama saya memasak, sebab saya mahukan apa-apa yg adik-adik dan keluarga saya makan terjaga. Saya percaya, orang yg memasak, persekitaran ruang memasak, memainkan fungsi tersendiri terhadap peribadi seseorang. saya terkesan dengan keluarga Dato' Dr. Haron Din. Ibu bapa beliau sangat2 menitik beratkan pemakanan dan sumber-sumber makanan yg diberikan pada beliau adik-beradik. ayam diternak sendiri, sayur hasil tanaman sendiri. so, tak mustahillah keluarga beliau melahirkan ramai ilmuan-ilmuan yg cemerlang. dan kerana itu saya lebih suka kami memasak sendiri. Masak sendiri ni kita boleh kawal persekitaran. Berwudhuk sebelum memasak, banyakkan selawat ketika memasak instead of membebel, merepek, mencarut bagai tuh dan alunkan muzik pelembut jiwa, muzik indah al-Quran, zikir, selawat. subhanallah, jiwa anak-anak yg memakannya pasti terpengaruh utk menjadi jiwa-jiwa yg tenang juga ;) siapa tak mahu anak soleh bukan? jika saya mungkin tak solehah, saya mahu adik-adik saya seorang yg soleh dan solehah. dan kerana itu, saya lazimi mengawal sumber dan persekitaran ruang memasak. alhamdulillah, nampak sedikit perubahan daripada adik-adik yg muda-muda tuh. yg dah besau godang ni hati dh keras memang susah dah nak lentur2. sebab tu kene lentur buluh waktu dia muda oke! tapi harus juga mencuba utk melentur yg besau godang nih ^_^
woo. sejuk ati dapat anak yg menjaga solat kan kan ^_^ |
6. satu kepuasan
semestinya, memasak sendiri itu satu kepuasan bila tengok adik-adik makan apa yg kita makan kan kan? seronokss oke. sangat seronok. perasaan yg tak dapat diungkap dengan kata-kata. ahakzzz. jadi, tak perlu tulis lebih-lebihlaaaa kot kan ;p
semestinya, memasak sendiri itu satu kepuasan bila tengok adik-adik makan apa yg kita makan kan kan? seronokss oke. sangat seronok. perasaan yg tak dapat diungkap dengan kata-kata. ahakzzz. jadi, tak perlu tulis lebih-lebihlaaaa kot kan ;p
7. sebab saya sibuk!....?
oh, macam tak kene je! hoo. sungguh saya seorang kakak dan anak yg sangat sibukkkkk manjang oke. nak tengok batang hidung, bukan takat batang hidung, nak tengok bayang pon susah. kunun cuti, tapi berprogram je kamu. jadi, bila tiada aktiviti, haruslah luang masa dengan adik-adik kan kan. biarpun kuantitinya kurang, tapi harus sungguh-sungguh menjaga kualiti. kualiti masa itu penting oke. PENTING. bila tiada aktiviti, saya shoot balik rumah, dan kami pon membakinglah bersama. sorang pukul telur, sorang buat topping pastu dah siap, sama-sama melukis atas kek or cupcake walopun ghuponyoooo aish aish, bukan org je tak selera nak makan, orang yg buat tu sendiri pon tak selera. tapi tapi kene paksa jugak habehkan. hehe.
apepun, yang penting ini ya ;p
oh, macam tak kene je! hoo. sungguh saya seorang kakak dan anak yg sangat sibukkkkk manjang oke. nak tengok batang hidung, bukan takat batang hidung, nak tengok bayang pon susah. kunun cuti, tapi berprogram je kamu. jadi, bila tiada aktiviti, haruslah luang masa dengan adik-adik kan kan. biarpun kuantitinya kurang, tapi harus sungguh-sungguh menjaga kualiti. kualiti masa itu penting oke. PENTING. bila tiada aktiviti, saya shoot balik rumah, dan kami pon membakinglah bersama. sorang pukul telur, sorang buat topping pastu dah siap, sama-sama melukis atas kek or cupcake walopun ghuponyoooo aish aish, bukan org je tak selera nak makan, orang yg buat tu sendiri pon tak selera. tapi tapi kene paksa jugak habehkan. hehe.
apepun, yang penting ini ya ;p
5 orang bermuhasabah:
apapun, eza memang kagum la dengan bakat yang kak haziq ada. Esok lusa nak try resepi ayam bbq madu akak tu. :) Dalam apa yang kita buat, niat tu kena betul. Untungnya dapat kakak macam kak haziq. ^_^, kirim salam kat adik-adik keh :P
eza, insyaAllah..... susah taw jadi akk sulung. berusaha menjadi contoh terbaik buat adik2 ;p
u huv a skill my dear..
tp, serius.. sedap ur cok cake!! XD
ana..........heheeee. skill perlu dibina deyh ;) cok cake? hoho. tekak kmk dh xdpt merasakn dia sedap dh ;p
slalunya.. org yg masak xkn rse sme mcm org yg mkn je ..=P
Post a Comment