Followers

Sunday, 14 October 2012

"kpd gadis yg betudung labuh"

.: Bismillahirrahmanirrahim :.





last Saturday kami student sem 4 ade modul 6 PPKP. rajin pegi ? haruslah rajin kalau tak jangan mimpi lah kau nak pakai jubah konvo tepat pada masanya cikAH. xgrad koo ! ngantok nak terlelap terbongkang berangan-angan bagai d melati tak payah kabo dah lah. 7 jam straight mane tak dibuai angan-angan di penghujung program. sangat tak supportive btol i ni kan =.=

tapi deme ni pandai jugak, hujung-hujung program tu tetibe ade plak slot surat-menyurat. time tu muka bebudak group 6 tu memang dah ghope ikan layu kat pasar. tetibe disuruh tulis surat kpd 2 orang yg kita nak tujukan, muke sayur kene siram dah up 50 %, bila time fasi panggil nama utk bagi surat-surat yg ditujukan, muke sume dah complete 100% disiram, segar-bugar ! yelah, harapan utk secret admirer bg surat tu ade kan hahah. tp as usual, cikAH masih maintain bermuka sama tak berperasaan. time fasi suruh tulis surat kpd 2 individu dlm group tu yg kita nak ucap apa-apa, muka layu sangat-sangat tak dapat disorok sebab memang dah lumrah cikAH malas menulis, lagi-lagi nak suruh tulis surat. harapannnnn. time fasi panggil2 nama, org first dapat surat cikAH lah ! dahlah time tu tgh feeling-feeling tutup mata sbb dengan penuh yakinnya "aku takkan dapat ni". tetibe fasi panggil memang gabra semacam jalan dah macam itik jalan kengkang. 1st surat drp sahabat baik sekelas se-assignment dan se-group ppkp. dia dukk bagi support utk terus bertabah hadap ppkp yg sgt memerlukan kekuatan minda dan kesabaran yg tinggi. i luv u more n more lah sahabat ! :)

tetiba, fasi panggil "kepada gadis yg bertudung labuh" ohh tengok kiri kanan sat eh awat suma pandang i nih? ohhh opkos lah dah memang cikAH sorang je betudung labuh kat group tu =.= oh oke actually cikAH dapat banyakkkk sikit surat tapi banyak-banyak surat cikAH tertarik utk mengkomen isi surat ni :)

sila pakai kanta pembesar oke ;p

so, kepada awak yg berbaik hati menulis surat ni kepada saya, terima kasih. saya tak nak awak jadi seperti saya, tapi saya nak awak jadi lebih lebih dan lebih baik dan bagus daripada saya. sebab hakikatnya isinya belum betul-betul mampu menjadi contoh kpd awak =.= ohhh sadisnya. baru nak sedar kan cikAH awak tu teruk :( sungguh, saya belum cukup baik utk menjadi role model utk kamu. jadi, sahabat-sahabat, saya tak nak kalian jadi macam saya, tapi saya nak kalian bersama-sama saya utk perbetul diri. kalau saya tersasar, saya ada awak utk pimpin saya kembali semula ke jalan benar. dan kalau awak tersasar, inshaALLAH awak ada saya utk pegang tangan awak. sebab iman tu ada turun dan naiknya. sebab tu saya perlukan sahabat-sahabat saya. saat dia menurun, saya harapkan sahabat-sahabat saya utk pegang, pantau dan bawa saya ke kedudukannya semula. tanpa sahabat-sahabat saya yg baik, solehah dan comel akhlak dan pekertinya ni, mungkin saya akan terus-terusan tersasar tanpa saya sedar. 

syukur ya ALLAH, Kau kurniakan sahabat-sahabat yg baik, yg supportive yg solehah dan pemimpin tangan yg mantoppp kepadaku. semoga yg baik-baik dan terbaik Kau berikan kepada mereka :)

ada beberapa sahabat yg tiada dalam gambar ni. maaf ya sahabat :)

.: Bersahabat bukan sekadar untuk menghabiskan sisa kehidupan di dunia, tetapi hidup untuk sebuah cita yang takkan pernah kandas sia-sia " :.

Wednesday, 18 July 2012

Red Valvet Cake Zaman Tok Kaduks


lama dah tak masuk blog resepi-resepi yang saya cuba. aigooo kau memang busy tahap naga lah AH =.= actually resepi ni saya catatkan untuk rujukan saya. lamaaaa punya godekan ni kek yg terpamer ni. zaman tok kaduk 2 bulan lepas lagi haaaa tapi baru nak share dan upload gamba. tu pon punye lah burok gamba sebab kalau dah jenis manusia laju tahap ribut kan macam tulah. sume benda kau nak cepattt je. payah.

see. gamba dalam kotak lagi tu uuuu 

oke kau bebel pon tak da sapa nak dengar, baik kau taip laju-laju resepi. 

Red Valvet Cake (RVC name glemer dier)

sumebr primer : mummy JOB
sumber sekunder : asrarhuda

bahan A : buttermilk
240g (1 cawan) susu segar
1 sb cuka makan / lemon
2 sb pewarna merah
-----<@ guna semua deyh
cara A : campurkan susu segar dan cuka / lemon, biarkan lebih kurang 10min. masukkan pewarna merah dan kocak-kocak mereka ;)
*actually ada jual kat kedai benda alah ni tapi AH rasa lagi saving AH buat sendiri haha *kedeks*

Bahan  B :
250 g (2 1/2 cawan) tepung cake (superfine pooon bole)
1/2 st garam (AH tak letak)
1/2 st baking powder (ni AH tambah)
15 g (2sb) serbuk koko

Cara B : satukan semuanya dan ayak

Bahan C : 
113 g (1/2 cup) mentega
300 g (1 1/2 cawan) gula kastor (AH kurang kan 260 g sajaaa)
2 biji telur grade A (AH guna grade B jah)
1 st esen vanilla

Cara C :
1. pukul mentega sampai lembut tak berketul lebih kurang 1-2 minit.
2. masukkan gula, pukul lagi sampai sebati dan kembang sedikit lebih kurang 2-3 minit
3. masukkan telur, dan pukul sebati.
4. masukkan esen vanilla dan pukul rata sampai dorang mesra :)

Bahan D :
1 sk cuka makan
1 sk soda bikarbonat

Cara D : campurkan  kedua-duanya sampai dia macam ada letusan buzz buzz tu *overr*. mixture ni lepas campur kene masuk cepat2 dlm adunan taw ;)

KAEDAH PEMBUATAN UTAMA :
1. dah habis pukul sume bahan C, slow down mixer uoll.
2. masukkan bahan B (tepung) berselang seli dgn A (buttermilk). mulakan dgn bahan B (tepung) dan akhiri juga dgn bahan B (tepung).
3. masukkan bahan D laju-laju dan putar sebati.
4. bahagikan kepada 2 adunan (bakar dalam dua loyang lah) 
5. bakar pada suhu 175 C utk 25-30 min. saya gi bakar 27 min ;)
6. bagi dia rehat dan sejuk betul2 baru letak topping. kalo panas2 korang g balun ngn CCF, korang akan dapat hasil yg sangat memberangsangkan dari segi keserabaiannya :)

ni untuk CREAM CHEESE FROSTING hokeyh :)

bahan-bahan :
250 g cream cheese
1/2 sk esen vanilla
60gm gula aising
150ml whipping cream

Cara :
AH campoQ sume skali pastu AH balun putar sekejap. adela dalam 3-4 min je AH putar dia nak bagi sekata je...

deco tu up to sahabat-sahabat lah nak deco cemana ghope pon. tangan AH sememangnya kejungsss so macam tak ghope kedai lah deconya :)

sebab tulah hasilnya jadi gini ;p

sila teliti betul-betul utk menampakkan effect keserabaiannya

moral of the story , 
silalah jangan serabai

Wednesday, 27 June 2012

pesanan senah untuk sahabat2 :)

.: Bismillahirrahmanirrahim :.

untuk sahabat2 yang saya sayang :) saya tahu sahabat semua tension kan sekarang ni. senah di sini pooon tension juga. 29/6 ni paper LAW tapi senah tak sedia lagi. senah syok2 je tulis kat belog tanpa sedikit perasaan bersalah pon terhadap buku LAW yang terhampar tanpa di baca. bilalah senah nak insaf kan =.=

study hebat2 taw sahabat2. senah tahu sahabat2 senah semua hebat !


korang, PRAY HARDER oke :)


senah tak nak skor sensorang, senah nak skor dengan sahabat2 :)

teringat pesan seorang teman, kerja kita BERUSAHA dan terus BERUSAHA. result itu kerja ALLAH. jadi tak perlu nak sibuk tentang tu. kita buat kerja kita, selebihnya serahkan pada ALLAH. tapi memang harus rasa bersalahlah kalau korang tak berusaha pastu korang nak result yang gempak2 kan. tu memang nak kene cepukk lebih laaa tu kan. *sila sedar diri kau yg macam tu senah !*


akhir kata, ini special untuk sahabat2 ya :)

:) enjoy your kitab sahabat2 (:


sahabat2, sama2 kita MUMTAZ for UMMAH ya ! :)


p/s : minah, i rindu nak dengar u panggil i senah :)


Monday, 28 May 2012

episod berbaur


Bismillahirrahmanirrahim. 

last friday waktu balik dari kampus ke rumah, ternampak seorang pakcik mungkin seusia abah terduduk di tepi jalan dgn kereta tersadai, rosak lah kot kan. dengan 130km/hour, ikut lane  paling kanan pula, memang hampasss lah kalo tetibe ko ke kiri secara mendadak kan. tapi intai-intai kat side mirror, ade dah orang yg berhenti bantu pakcik tu. alhamdulillah ;)


tapi tapi tetibe teringat kat abah, peristiwa time kereta saya rosak kat kampus. oh rasa bersalah dan kesal itu ada sampai sekarang ! abah, maaf ;( 




lepas office hour, abah teros ke UiTM dengan kawan dia. dari KL ke Shah Alam lepas office hour memang memerlukan kesabaran tahap mega oke. parking kat tempat sempit, berbukit pulak tu, dengan panasnye hari, haruslah peluh itu keluar lebih sikit bila nak menolak kereta keluar daripada tempat parking tu. pheeeewww =.= kasihan abah. seboleh-bolehnya saya dan sahabat nak tolong abah tolak tapi abah tak bagi sebab abah risaukan kaki saya. see, again, abah masih tetap risaukan pasal kesihatan saya. dan hari itu, ABAH PUASA. oke fine, air mata dah berlumba nak keluar ! Allah.... rasa bersalah tu sampai sekarang oke. sampai sekarang ! abah puasa, kawan abah juga puasa, bila digabung, kudratnya bersamaan je dengan kudrat seorang lelaki berusia yang tidak dalam keadaan berpuasa. abah tanya ada tak mane2 kawan lelaki yang dapat tolong tolak sebab abah tak larat sangat. ALLAH, tahu tak sayunya rasa waktu tu ? abah, maaf, along tak kenal ramai lelaki =.= yang ada pun semuanya tak ada di kampus ;( time tu sebenarnya ramai dan sangat ramai oke lelaki-lelaki muda yang lalu lalang balik dari kelas. tapi mereka buat apa ? tengok dengan pandangan pelik, tak pelik pun selambe macam abah dan kawan dia tu sedang berseronok pulak kan tolak kereta. 


saat tu baru saya faham sukarnya mencari lelaki yang benar-benar bersifat membantu. ALLAH...saya mungkin dah terbiasa dengan abah yang sangat caring, yang sangat helpful, yang sentiasa ada bila saya perlukan. bila tiba-tiba saat tu tak da sapa bantu abah saya jadi sangat marah, sedih, geram, nak nangis ! terfikir-fikir, tiada terdetikkah d hati pemuda-pemuda gagah ini utk membantu ? terkeluar butir bicara sahabat, mereka ini gagah di luar, namun lemah di dalam. bilamana mereka hanya mampu melihat kesusahan orang lain tanpa sedikit pun usaha untuk membantu, petanda jiwa mereka lemah. oh, sahabat juga menjadi pemerhati rupanya. pada akhirnya, kami menjadi anak lelaki abah, bersama membantu menolak keluar kereta ;) adakah kami lebih gagah dari pemuda-pemuda yang lalu itu ? teeet ! 


dan saya belajar sesuatu, mencari menantu untuk abah yang bersifat seperti abah adalah sangat susah ! *ching*ching* ;p

Tuesday, 20 March 2012

baru aku sedar ketiadaannya


saat dia ada, dia tempat saya meluah rasa. dia tempat saya mengungkap berita gembira. saya bukanlah insan yg mudah mengungkap sisi sedih dan pahit hati kepada mana-mana insan lain walaupun dia mungkin sahabat terdekat saya. sungguh, selepas Allah ambil dia pergi, saya bagai hilang pergantungan, saya bagai hilang arah. sungguh-sungguh, dia sahabat terbaik. mungkin, Allah sedang menghadirkan sahabat yang lebih baik dari dia kini, cuma mungkin saya yang masih belum sedar siapa dia pengganti 'dia'. saat berhadapan dengan masalah, saya rasa sakit yang teramat sebab saya tak mampu untuk meluahkan kepada sesiapa selepas dia tiada. dan sungguh-sungguh, saya sangat-sangat teringatkan dia kini.  

saya selalu bersedih, selalu menangisi pemergian dia, merindui kehadirannya, tapi saya tak pernah cuba menyingkap hikmahnya Allah ambil dia pergi dari hidup saya. apa yang saya tahu saya sedih, saya perlukan dia. hati saya seolah cuba berdalih, menolak, menutup segala hikmah yang cuba Allah tunjukkan selepas Dia ambil 'sahabat' saya pergi. dan kini, saat bersendirian, Alhamdulillah, Allah tak pernah jemu untuk terus-terusan menguatkan saya bilamana Dia sedarkan saya akan hikmahnya ketiadaan 'dia'. 

sungguh, Allah sayangkan dia dan sungguh Allah teramat sayangkan saya. Allah ambil dia pergi, tapi Allah tak pernah tinggalkan saya sendirian. selepas dia tiada, sememangnya saya hilang 100% pergantungan kerana saya tak mampu menyatakan kesedihan kepada selain dia, tapi disebaliknya, saya jadi terlebih meletakkan pergantungan pada-Nya kini. bilamana saya tak mampu menahan kesakitan, Allah jadi tempat pertama saya mengadu, bila saya tak mampu menahan sedih, Allah jadi tempat pertama saya cari untuk meluahkan tangisan, bila saya tak mampu menahan hati, Allah jadi tempat pertama saya berkongsi cerita. Allah ambil sahabat, sepupu kesayangan dan sahabat bercerita saya, tapi Allah sedarkan saya hakikat kehadiran-Nya di sisi dan hati saya. dan sungguh baru saya sedar kini, Allah tak pernah tinggalkan saya sendirian selepas dia tiada. dan saya tahu, selepas dia tiada, saya bukanlah lagi wanita lemah dengan air mata yang tak sudah-sudah. pemergian dia banyak menyedarkan saya untuk lebih berdikari, untuk lebih mendewasa dan tak sememeh lagi. saya belajar untuk jadi kuat, saya belajar utk tidak lagi bernegatif je sepanjang masa dan saya belajar bermacam-macam perkara selepas dia tiada ;)

Allah mendidik saya dalam diam. . .thank you Allah for everything. . .alhamdulillah. . .

R.E.M.I.N.D.E.R. ;

Allah tidak beri apa yang kita mahu tetapi Allah beri apa yang kita perlu. insyaAllah, perancangan Allah itu Maha Teliti dan terbaikk untuk kita. Allah jadikan tiap sesuatu itu pasti ada hikmahnya, percaya pada Dia ;) 

Monday, 19 March 2012

i miss u like CRAZY !



today is 19th March already. last Friday hari istimewa untuk dia dan sungguh, saya sangat-sangat rindu dia ! sangat !


<3 setahun lebih <3

<3 huda pakai tudung setahun lebih <3

<3 huda d klinik gigi <3
pejam celik pejam celik adik along dah besar dah. . . my SYAHMINA HUDA is 6 already. alhamdulillah. . . khamis malam adik call, ya Allah berderai empangan kat mata cakap dengan adik. 2 minggu tak balik, sangat2 rindu pada dia. 

adik : along, along balik tak minggu ni ?
saya : along tak baliklah adik. along ade kerja jumaat sampai ahad. kenape ?
adik : tak de ape-ape along...esokkan hepy birthday adik. kalau along balik adik nak along buat kek warna-warni kalau along tak balik, tak ape adik beli jela kat kedai
saya : adik, maaf along tak dapat balik ;( *feel like to cry !*
adik : tak ape along, adik beli kat kedai je nanti
saya : adik ke yg beli ?
adik : eh, taklah adik beli je, tapi ummi yg bayar nanti
saya : apela adik ni. cakap pusing-pusing. adik, selamat hari jadi...
adik : selamat hari jadi along...
saya : *blurr mode* . . . adik, org patutnya jawab terima kasih lah adik bukan selamat hari jadi. hahahaha

adik....along minta maaf. along tak sempat nak balik sambut hari jadi adik. sepatutnya 16 March along janji nak buat kek birthday adik letak gamba ana solehah kat atas kek tu kan. sepatutnya juga harini along nak buatkan kek rainbow dan pack goodies utk bagi kat kawan2 montessori adik. adik suka makan kek along buat kan. nanti kalau along balik, insyaAllah along buat kek birthday special utk adik ya ;) along rindu adik sangat2 !

16 march 2006, adik lahir tengahari dengan berat 3.6 kg. along masih ingat along dukung huda pertama kali, along menangis sebab along gembira sangat. waktu adik sakit, demam panas umur 8bulan, along menangis. adik sawan sebab kurang electrolyte dlm badan. doc kata sebab adik cirit birit, tak makan dan suhu tinggi. along masukkan jari dalam mulut adik sebab tak sanggup tengok gusi adik berdarah. nerve along hampir-hampir putus adik gigit. seminggu jari telunjuk along tak rasa apa-apa. doc kata, observe dlm masa 24jam, kalau sawan tak berulang, maksudnya sawan tu tak kekal, tapi kalau berlaku dalam tempoh tu, bermaksud adik akan ada penyakit tu sampai bila-bila. along takut sangat. along tak boleh tidur sebab risau sangat. dalam tempoh tu, along tak gi memane. makan tidur semuanya sebelah buaian adik sebab along takut sangat jadi ape2 kalau along tak de kat sebelah adik. alhamdulillah, adik bebas dr sawan ;) . . . jangan sakit-sakit lagi ye dik ;p

special for u my dear ;) 

buat adik : jadilah anak solehah, penyejuk hati ummi dan abah. semoga jadi serikandi, mujahidah solehah pejuang agama. jangan ngegeh2, jangan garang-garang, jangan manja2 sangat. dan, jangan suke jadi kaki retort. haha.... SYAHMINA HUDA, along rindu kamu !


Wednesday, 7 March 2012

ALLAH. teruslah MENCINTAI dan MENYAYANGI mereka . . .

lama kan lama dan rasa tersangat lama tak bersua muka dengan belog ni. dalam keadaan yang sungguh-sungguh tak mengizinkan. terasa otot2 otak segala mengecut tak dapat pikior jelas-jelas apatahlagi utk mencerna idea menulis, memang hampeh la jawabnya. 

alhamdulillah, selesai mendaftar untuk semester baru. orang lain mungkin, dalam keadaan yg sungguh-sungguh gembira dgn azam yg baru utk semester baru. tp saya dengan mood yg sedang di-renovate dan lebih worst lagi, mungkin still under construction. on the first day, sungguh-sungguh saya tak bersemangat utk mendaftar. jiwa saya seolah-olah tiada di shah alam. sebab jauh di sudut hati, saya takut. sungguh, saya takut ! dan sungguh, ketakutan saya benar-benar terjadi. ALLAH. . . sungguh-sungguh saya terduduk.


on the second day kuliah, saya di rumah untuk menyelesaikan beberapa urusan. semua urusan terbatal bila tiba-tiba saya terdengar bunyi ketika saya tersalah step melangkah. saat tu, saya terdiam. kaki yg dah sedia sakit jadi teramat sakit ! dan hanya satu saya terfikir, patah ! balik rumah saya cuba berjalan semula, tapi sakitnya Allah sahaja yg tahu. sungguh ! saya tak terfikir lain melainkan kedua ummi dan abah saya. saya tak sanggup nak beritahu ummi dan abah. saya menangis semahu-mahunya. tak putus-putus doa saya supaya kesakitan saya ni tak mengganggu ketenangan hati kedua ummi dan abah saya. saya mesej adik supaya balik awal bawa saya ke rumah pakcik tempat saya berubat patah dulu. dan pesan saya, jangan beritahu abah dan ummi ! sungguh, saya tak sanggup melihat air mata abah atau ummi saat saya sakit. mereka dah terlalu banyak berkorban untuk saya... 


jika sem lepas, seminggu lepas saya naik sem, saya accident, patah kaki. dan sekarang, selepas sehari saya mendaftar, benda dulu seolah-olah jadi semula. itulah yg sangat-sangat saya takutkan. sangat-sangat ! dan takdir Allah, Dia uji saya semula. sungguh, saat menahan kesakitan, saya tak mampu membendung kerisauan terhadap ummi abah saya. saya menangis, bukan sebab sakit, tapi saya menangis sebab saya takut ummi abah saya sakit. saya harapan mereka. azam saya nak habiskan belajar segera sebab saya nak bekerja, nak ganti tempat ummi bantu abah sara keluarga. saya nak ummi duduk rumah rehat jaga keluarga. bila tiba-tiba tersakit macam ni, saya down. saya rasa punah semua harapan mereka pada saya. saya takut utk kecewakan mereka. sebab tu saya tak mampu beritahu mereka.....


dan, saya tak sanggup melihat airmata abah. sememangnya saya lebih manja dengan abah. abah jaga saya sakit dari kecil. saat saya patah kaki dulu, abah menangis sebab abah tak sanggup tengok kesakitan saya. abah tak sanggup tengok saya bersedih terpaksa ambil cuti semester saat sahabat2 saya semuanya berhempas pulas menyambung pengajian. dan sekarang saat saya sakit, sungguh saya tak sanggup lagi menyakitkan abah. sungguh-sungguh saya tak sanggup menambah kekecewaan abah. 


seharian saya berkurung sebab saya tak mampu berjalan keluar. saya takut abah ummi perasan. saya hanya mampu beritahu kaki saya sakit sedikit tapi tidak saya nyatakan sampai tak boleh berjalan. dan malam tu, abah perasan saat saya menunggu adik di luar rumah. abah yg bawa saya ke rumah pakcik tu. dan alhamdulillah, sungguh-sungguh saya bersyukur, pakcik tu kata saya hanya terseliuh dan bukanlah patah atau retak seperti yg saya risaukan. tapi, saya nampak riak kerisauan pada wajah abah. saya tahu abah risau fikirkan keadaan saya yg perlu memanjat hampir 100 lebih anak tangga ke kelas. saya tahu abah risau kaki saya yg pernah patah tu makin teruk. saya tahu abah sangat-sangat risaukan kesihatan saya. 


alhamdulillah, saya selamat tiba di kolej keesokan harinya. melarikan diri ? mungkin ya, mungkin tidak. saya tak nak abah dan ummi nampak kesakitan saya. harapan saya, doa saya, biarlah apa jua kesakitan saya, saya yg rasa. pinta saya, janganlah perasaan mereka terbeban dgn kesakitan saya. saya tak sanggup lihat riak kesedihan mahupun kerisauan pada wajah2 yang saya sayang. mereka kekuatan saya dan mereka juga kelemahan saya. saya tak mampu utk kuat bila saya lihat kesedihan mereka.


Allah, permudahkan urusan mereka. kuatkan hati mereka saat aku tak mampu menguatkan mereka. pelihara mereka saat pemeliharaanku tak terjangkau. tabahkan mereka dgn tiap ujian yg Kau beri. teruslah menyayangi dan mencintai mereka. saat aku sakit, mohon pelihara hati-hati mereka dari merasai kesakitanku...


entry ni bukan suroh korang bersedih, tapi suroh korang bertambah semangat. sesungguhnya korang beruntung tidak diuji dgn sakit yg bertimpa. jadi, tiada alasan utk korang bermalas-malasan berehat-rehatan tidak berjuang utk agama-Nya. dan saya tahu sesungguhnya saya lebih beruntung kerana Allah uji saya sebab petanda sayangnya Allah kpd hamba-Nya adalah ujian-Nya kpd hamba-hamba-Nya ;) thank you Allah . . .

Friday, 24 February 2012

let's change, sahabat !


Contengan Jalanan by Hlovate
-Chad dies on the tenth-

Ayuh sahabat-sahabat !
Jangan tunggu esok untuk berubah
Kita tak pernah dan takkan pernah tahu bila masanya
maut menjemput kita
niatnya nak bertudung esok
tapi kematian menjemput hari ini
niatnya nak pulang ke kampung memohon kemaafan ayah bonda esok
yakinkah mereka masih ada di penghujung hari ini
targetnya nak SOLAT lepas habiskan assigment
rupa-rupanya pengakhiran nafas di pertengahan assignment
jadi, jangan bertangguh utk berubah !

Something to Ponder ;)
"Bekerjalah kamu seolah-olah akan hidup untuk seribu tahun lagi, dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok"- Abdullah bin Amru bin Al-As

Tuesday, 14 February 2012

ini adalah sejenis DONUT oke o.O

ini adalah sejenis donut yg saya buat dengan langkah yg laju dan tergesa-gesa. berzaman dah donut ni terjadi tapi kalo dah owner blog ni busybody manjang, hamaknye dia nak update resepi kat sini nye. hukhuk. buat benda alah ni sebenarnya nak hantar kat rumah sahabat yg buat majlis kesyukuran. on that day, ade kuliah kat masjid hasanah bangi. and that kuliah datang dulu dalam jadual before the majlis. so, memang perlu dahulukan kuliah lah ;) jadi, sebagai langkah menghormati jemputan, hantarlah barang secubit dua ketui makanan kan kan. dahlah kamu tak datang, buat donno je memang tak comellah perangai gitu ek ;p dan terhasillah benda alah ni pada akhirnya . . . jeng jeng jeng. tapi gamba kali ni donut ni solo-molo je sebab my bibik yg amek gambo ni. ouh, dia punya henpon mahal lagi dr mine oke ;)

donut ni adalah resepi yg tersenang dalam simpanan saya dan hasilnye mabeles i cakap u. thanks to kak Yatie and kak Dayang Jack utk resepi ini. actually banyak je resepi donut tapi hampir kesemuanya menggunakan bahan yg banyak. yg saya ni nak buat utk jumlah beberapa ketui je, tak habeh kang syaitan plak yg tulun makan nda ku mo bha eh ;) so, haruslah mencari resepi yg tak berapa nak berkilo tepungnye tu hoO. buleh sajo nak buat separuh adunan kan, tapi bab kueh mueh tradisi ni ambo tak berape nk brani sebab dah pernah try hampeh je rase kuehnye. oOuh, and that is sooooo membazir oke ;p


makluman. ini saya salintampal dgn sedikit pengubahsuaian eh ;p

sumber primer : kak dayang jack
sumber sekunder : kak Yatie
sumber tertier : asrarhuda

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (saya pakai susu segar)
gula aising utk saduran

*kalo dah guna susu segar, nda perlu lg susu tepung oke ;)

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan
oke oke, jemput makan lai lai ;) 

R.E.M.I.N.D.E.R :
tips nak bagi donut lembut dan sedap, mulakan dgn basmalah dan lazimi zikir dan selawat pasti lembut-lembut gitu hasilnye hehe ;)

Monday, 13 February 2012

Ouch ! it's not Rainbow Cake, it's Red Valvet Cupcake ;)

hampunnnn cheQ eza, tak muncul pula resepi Rainbow Cake, keluar pula resepi Red Valvet Cupcake uhuh. takpe, u try ni first k ;)




RVC ni saya buat utk Huda, si kecikcerdikbanyakcakap untuk dia bawa gi tadika sempena sambutan Maulidurrasul. ummi kate jgn letak topping banyak-banyak, budak-budak tak suka. haaa, sebab tulah topping tu ceciput je den lotak eyh ;) siyeslah semangat huda bangun pagi-pagi tak sabar nak gi sekolah sebab dia nak tunjuk cupcake kakak dia buat kat kawan-kawan. hape tak kembang semangkusss i kan ;) 


ni second try utk RVC. the first one macam tak bape nak best sgt. then, saya cuba plak resepi ni. hurm, boleh tahan ! siyes, kalo orang tanya saya macam mana rasa cake/cupcake, saya memang tak gheti nak kabo. sebab saya bukanlah penggemar tegar kek. saya hanya penggemar tegar cheese cake sahaja ! haha. so, kek-kek yg lain tekak saya rasa same je sume ;) so, sape yg selalu jadi tastebud saya ? for surelah huda dan my mom sebab tekak dorang je yg jujur dan boleh pakai dlm rumah ni hahahahaha. tekak adiksss lelaki dan abah memang langsung tak membantulah sebab dorang pon same je cam saya ;p 


oke, jom tengok red valvet cupcake saya ;)



sumber primer : joyofbaking
sumber sekunder : asrarhuda

perhatian : ini saya susun ikut cara saya buat ya ;)

Bahan A : buttermilk
1 cup (240gm) susu segar
1 sb cuka makan / lemon
1 sb pewarna merah
-----<@ guna 120ml shj


cara A : campurkan susu segar dan cuka / lemon, biarkan lebih kurang 10min. masukkan pewarna merah dan kocak-kocak mereka ;)
*benda alah buttermilk ni kalo korang ada, takpayah lah susah2 nak godek2 susu ngan cuka tu haaa. saya ni kedekuit manenye nk beli ;)

Bahan  B :
125gm tepung kek (superfine buleh juga meyh)
1/4 sk baking powder
1/4 sk garam
10gm serbuk koko


Cara B : satukan semuanya dan ayak


Bahan C : 
60gm mentega
150gm gula kastor
1 biji telur (saya guna B size)
1/2 sk esen vanilla


Cara C :
1. pukul mentega sampai lebut tak berketul lebih kurang 1-2 minit.
2. masukkan gula, pukul lagi sampai sebati dan kembang sedikit lebih kurang 2-3 minit
3. masukkan telur, dan pukul sebati.
4. masukkan esen vanilla dan pukul rata sampai sebati.


Bahan D :
1/2 sk cuka makan
1/2 sk soda bikarbonat


Cara D : campurkan  kedua-duanya. benda alah ni lepas campur kene masuk cepat2 dlm adunan taw ;)


KAEDAH PEMBUATAN UTAMA :
1. dah habis pukul sume bahan C, slow down mixer tu.
2. masukkan bahan B (tepung) berselang seli dgn A(buttermilk). mulakan dgn bahan B (tepung) dan akhiri juga dgn bahan B (tepung). tahu ? pandaiii ;)
3. masukkan bahan D lekas-lekas dan putar sebati.
4. bakar pada suhu 175 C utk 15-23 min. saya gi bakar 21 min ;)
5. bagi dia rehat dan sejuk betul2 baru letak topping


la ni kite buat topping dia pula which we call it as Cream Cheese Frosting ;)


Bahan :
230 cream cheese
1/2 sk esen vanilla
60gm gula aising (saya guna 50gm shj)
150ml whipping cream


Cara :
1. putar cream cheese sampai kembang
2. masukkan esen vanilla dan gula aising pukul kembang dan sebati
3. masukkan whipping cream, sebatikan dia.


*kalau rasa lembek sangat, masukkan dlm petiais dulu utk memudahkan proses mendeko. oke then, pi hias k ;)


happy trying ;) sebelum tu, jangan lupa mulakan dgn basmalah dan lazimi zikir dan selawat ketika dlm proses pembuatan cupcake ni ya. insyaAllah, hasilnya pasti hebat, lazat disukai ramai hihihi




R.E.M.I.N.D.E.R :)
masaklah dari hati yg ikhlas dan adunlah dengan penuh kasih sayang. insyaAllah, yg memakannya juga akan dapat merasai keikhlasan dan kasih sayang anda. mereka akan rasa masakan anda sedap dan luarbiasa walaupun sebenarnya ia adalah sesuatu yg biasa !

Friday, 10 February 2012

WORDLESS SATURDAY dan INDULGENCE CAKE ummi =.=

WORDLESS SATURDAY? sukehati i lah kan ;) 

actually birthday ummi 20JANUARI lepas Oke. dah ke demam ke hape baru nak post benda berzaman lepas? haha. on that day kitorang potong kek bagai tuh, kitorang rushing nak balik kampung. so, tu pasal lah gambo photoghrapher kejung ni dok diam-diam dlm benda alah laptop ni je.

saya hanya mampu menyediakan INDULGENCE CAKE sahaja ;( tunggulah saya dah keje gaji 5angka ke gitu nnt saya bg tiket buat umrah ke kete toyota sebijik ke hape ke kan kan. kalo takat gaji ciput 3-4angka, jawabnye ummi abah kene tunggu bertahun-tahunlah dulu hukhuk. 

jangan tertipu dengan ghope luarannye yg kemas dan chantekk =.=

saya tahu dia chumel ;)

hah tengok sekarang tengok2. siyessslah tangan i kejungss ;(

sekali ghopenye saya lupe nak tukar alas kek. kelabu itu alas loyang ;)

ahaaaaaa.mane ummi nye mane? mane? peringatan awal kpd yg kenal saya ! jangan compare warna kulit dan kejerawatan kami oke hahahaha

sila jgn kata dia kakak saya !  o.O
oke sahabat-sahabat, sekian sahaja utk kali ini ;)


R.E.M.I.N.D.E.R :


.: sayangi keluarga anda selagi mereka masih ada :.

assalamualaikum